Tuesday, 27 November 2012

Wahh ! LaBuhNya Tudung Dye !


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu .. Khaifa halukum ? Khair au la ? 

Assolatu AlanNaBiy Muhammad S.A.W


Ramai dan kebanyakannya ( tak semua juga) mengatakan bahawa bertudung labuh tu alim . Eh betul ke ? 


,acam pelik je an ? Apa Orang nak cakap pon tak kesah ! Lantak situlah dye nak ckap ape pon..

  Macam ni yang Sebenar - benarnye Bertudung labuh itu bukan  sebagai kayu ukur tingginya tahap 


keimanan seorang wanita itu ..

Bukanlah juga sebagai  sesuatu jaminan utk dia masuk ke syurga yang kekal Abadi itu.. 


Tapi dgn tudung labuh itu membuatkan dia akan  sentiasa berusaha dan berusaha  utk berubah menjadi 

seorang muslimah yang solehah yg Penciptanya mahukan dan untuk mengejar Mardhatillah ..

Kerana.. Dia, wanita yg mahukan kasih sayang dan cinta Illahi sentiasa ada bersamanya dlm apa jua keadaan

 yg ada..

Dan.. Bertudung labuh itu juga menjadi pelindung diri wanita drpd perkara yg tidak baik dan juga gangguan lelaki ajnabi yang nakal..




Semoga dari kerana tudung, hati juga terjaga, akhlak pun terpelihara dan akidah semakin teguh dan kukuh

utk redha Illahi..

Insyaallah.. Aaamiinn..










Rahsia Amalan menjadi Wanita Solehah Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah.Disini tuliskan serba sedikit tips atau ciri-ciri yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.
Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

#inilaah tips untuk menjadi wanita solehah , para sahabat HAWA ana , mari kita amalkan , Insyaallah , semoga di permudahkan oleh Allah ^^"








 Cara pemakaian wanita yang menutup aurat paling sempurna ialah pakaian yang boleh di pakai terus untuk menunaikan solat..tanpa menggunakan telekung mahupun kain..






Perempuan yang pakai SEKSI dan yang bersolek
keterlaluan tu sebab tak yakin dengan ciptaan
ALLAH padahal perempuan Afrika yang hitam

legam pakai cawat pum ada suami

~Ustaz Azhar Idrus~

No comments:

Post a Comment