Monday, 31 December 2012

Ayuh kembali ke sekolah !

 Bismillahirrahmanirrahim .. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh :)

Alhamdulillah hari ni adalah hari yang paling last untuk tahun 2012 sebelum 2013 datang menjemput .. huhu tinggal beberapa detik saja lagi 2013 nak datang menjemput ... Apabila 2013 datang menjemput ini bermakna saya bukan lagi bergelar pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan tetapi sayalah Pelajar Sijil Menengah Ugama (SMU)  Insyaa Allah . jika diizinkan Allah sya nak SMU saya MUMTAZ !! Do'a-do'akan sayaaaa :) do'akan saya juga supaya saya cepat-cepat Bangkit dari lamunan agar saya segera sedar bahawa saya akan dijatuhkan amanah ke atas diri saya untuk memikul Amanat sebagai pelajar SMU bagi tahu 2013 ..
 Apabila 2013 menjelma tiba , bermakna cuti telah pun packing beg untuk pergi  bagi rakyat Malaysia di sebelah  Pantai Timur .. Selamat kembali ke sekolah saya ucapkan .
  Azam tahun baru saya Adalah "ISTIQOMAH" .. Istiqomah Untuk Azam Hari-hari yang baru ... azam bukan sahaja apabila hendak menyambut tahun baru , malah pada setiap hari-hari kita juga harus mempunyai  azam-azam yang baruu . agar dapat menjadi yang lebih baik malah yang lebih baik daripada yangg lebih baik mahupun yang terbaik.. ...  tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk masuk ke 2013 . Dan saya akan memikul amanat yang dilemparkan kepada saya sebagai pelajar calon SMU  2013 .. Allah Allah .. sungguh Amanah itu sangat berat ... sunggu berat , tidak dinafikan sesangat berat . Tekadng bila memikul amanah terasa bahu ini ingin sahaja senget , senget , senget , senget , senget dan terus menerus menyenget .. Toink ! Toink ! .

   Dan AMARAN dari saya , pada yang bernama AZAM jangan perasann saya bukan menyebut nama anda ! siapa suruh anda bernama AZAM ? haha . jangan cakap saya jelous dengan nama anda kerana saya tak terdetik pon nak ade perasaan sedemikian rupa . Malah saya bangga dengan nama saya ..
 oink oink !

 Tadiii nak marah betul ngan TV3 . orang tunggu siaran cerita  merlin disiarkan . eh Balik-balik cerita  cina pula >_< nak marah batul * kunyah TV3* dah laa kali ni banyak berlaku Konflik .. eee ~

 Selamat Tahun Baruuuuuu .. Selamat menjalani Umur yang baruuuu , berbaju sekolah baruuuuu and kasut buruk ! >.< bahahhaha ... kasut saya cantik okey ? 

Saturday, 29 December 2012

That is USRAH

Assalamualaikum . Sollu Ala Rasulillah :)


Wherre one problem is solved by MANY people,
That is Usrah.

Where a happiness is shared TOGETHER,
That is Usrah.

When one people forget, OTHERS reminding ,
That is  Usrah



In short , Usrah is all about WE , not ME.
Lets join any Usrah Group today , have fun,
Connecting with people,
While generating more
and more  PAHALA. Insyaa Allah :)


# Tip & Trik Usrah #

Friday, 28 December 2012

Bukan ''HOT'' Yang Ku PinTa

Bismillah .. Assalamualaikum . Alhamdulillah isya' sudah menjemput tadi , digetari dengan suara Muazim (tok bilal) masjid-masjid berdekatan .. Syukur masih diberi nikmat sedemikian rupa . Alhamdulillah .

 okey abaikan dulu pasal tok bilal .. kalau nk cite psal muazzim memang panjang .. Fuhh !.

 Hot , Hot and Spicy ,Spicy ..
 Kelmarin , sebelum kakak saya berangkat ke Kuala Lumpur .. beliau On9 beliau punya Facebook .. ape yang di cari pon tara tau .. Hanya Allah dan beliau sahaja yang tahu . and than tetiba dia cakap pasal Hot Hot .. dah laa beliau kaitkan saya dengan orang yang saya berkawan ..



Kakak : dik , Pandaii !

 Me : heh ? pandai ape plak ?

Kakak : ye lah .. adik kawan dengan orang-orang yang hot hot ! Fuhh !

Me : mean ? Laa Afham !  .. sorry . maksud kak ? kawan kat sekolah Mpi  ke ?

Kakak : yelah ... adik kawan ngan orang-orang hot . soo Kehottan tu jangkitlah ngan adik ! understood ?

Me : sape yang 'Hot" tu kak ? Tipah ngan Ainul ke (bukan nama sebenar kdua-duanya)  kak ? ke maksud
        kak sape ?
Kakak : ye lahh .. diorang tu memang hot kat Mpi tu .. dah tu dua-dua cantik menarik memang debamm .

  Me :  Opss ! maaf . Anda telah salah menafsirkan hubungan ikatan teman seperjuangan saya .. saya tak  
         kesah dengan siapa dan apa pangkat kawan-kawan saya .. kerana saya berkawan kerana atas dasar
         ikatan teman dan demi memperkukuhkan perjuangan kami di Mpi tu .. yang penting Allah Redho              
         ikatan kami .. saya bukan inginkan Hot .. kak tahukan saya tak suka Hot-Hot ni kan ? kan ? kan ?

Kakak : woohh ! panjang nye ceramah kau dik . boleh dah ni kak masukkan adik dlam calon Ustazah pilihan ..   Ceramah tadi tu Free Of Charge kan ? heee .
Me : Hermm .. Perli orang lah tuuu !  * sambil Menjamah Buku di tangan .. *

Tuupp !  Maaf Saya katakan .. memang ! memang saye berkawan dengan kebanyakannya yang Hot-Hot .. sejak di Bangku sekolah renda lagi hingga lah saya masuk ke MTM and sampailah ke MPI .. memang itu Takdir saya .. saya berkawan dengan diorang bukan atas dasar ingin menumpang kefamousan mereka . Tapi saya ingin menumpang Ilmu yang berliga-liga pada diri mereka .. salahkah saya jadikan mereka sebagai kawan saya ? sebagai peneman perjuangan saya ? salahkah saya ? jika salah maka saya tak perlu berkawanlah  ! begitu ?  Jika saya berkeseorangan anda juga yang akan menjadi orang pertama mengutuk saya , kononnya tak reti nak bergaul .. apa salah saya ?



Memang saya tak suka Hot ! sama ada dari segi cuaca , makanan , dunia mahupun akhirat kelak ..Salahkah saya untuk saya menolak Hot and Spicy and menagil Cool dari kipas angin , dari kawan-kawan seperjuangan dan yang paling penting Dari Allah sang pencipta ..

  Semoga Allah Meredho'i Saya dan teman-teman seperjuangan  saya dalam pemperjuangkan perjuangan kami . Semoga Allah Mengekalkan Persahabatan saya dan Sahabat-sahabat saya sepertimana para Sahabat Rasulullah S.A.W .. semoga dalam ikatan Teman , Kawan , Rakan dan Sahabat yang dijalin Di Dunia Ini akan berkekalan Hingga ke Syurga mu . Kami sama-sama mencari Keredho'an mu Ya Allah ..


Ana Uhibbukum Jiddan Fillah . Abadan-abadan .. Dae'man Fi Qolbi :)

Wednesday, 26 December 2012

Sakit itu Rahmat :)

( perkara ini wajib aku akan ingati apabila aku jatuh sakit nanti.. insyaAllah ) :')





Apabila seorang hamba Allah JATUH SAKIT,

Allah akan utuskan 4 orang malaikat :


1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA

2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA

3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )

4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan 

menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang


 telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik 


dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. 


Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke 


atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa....


Untuk Mudah Igt & payah lupa

:: Tips Untuk Tidak Mudah Lupa atau Hilang Ingatan ::

♥Kurangkan makan bawang besar


♥Kurangkan makan berempah


♥Kurangkan makan ketumbar kering


♥Kurangkan menonton hiburan


♥Kurangkan membaca majalah hiburan


♥Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak


♥Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin


♥Kurangkan makan organ dalaman ayam


♥Jangan makan kepala ikan

♥Jangan minum air yang ada semut


♥Jangan tidur selepas subuh


♥Jangan tidur selepas asar


♥Jangan tidur selepas makan


♥Jangan makan terlalu kenyang


♥Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam


♥Jangan makan yang masam-masam berlebihan


♥Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan


♥Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam

:: Perkara Yang Perlu Diamalkan Untuk Tidak Lupa Ingatan ::

♥Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain


♥Selalu makan makanan yang panas-panas


♥Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain


♥Selalu minum air masak


♥Selalu makan ulam-ulam


♥Selalu mengamalkan melihat pandangan yang berwarna hijau

♥Selalu bersenam


♥Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya


♥Jangan makan dari sumber yang tidak halal


♥Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal


♥Jangan makan makanan yang ada pewarna


♥Jangan makan makanan yang ada pengawet


♥Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

:: Itulah serba sedikit tips atau amalan yang perlu kita laksanakan untuk mengekalkan ingatan kita agar tidak


 mudah lupa atau hilang ingatan ::

:: Setiap perkara perlu diusahakan, seperti kata-kata yang selalu kita dengar “bahawa kehidupan, tubuh 


badan dan akal fikiran adalah anugerah dan amanah daripada Allah s.w.t. Jadi hendaklah kita menjaganya 

sebaik mungkin.”

Renung-renungkan, selamat beramal. :)

Tuesday, 18 December 2012

Result PMR todayyy !

  Assalamualaikum . selamat pagi ,  A verry Good Moring , Sobahan Khair :)

pada tarikh ini 19 desember 2012  , pada hari ini Rabu , Pada detik 10 lebih-lebih nanti .. Ianya akan jadi sejarah buat saye dan smua calon PMR . 1997 :) dimana hari inilah penentuan masa akan datang . antara Sains , Sastra , Akaun atau Perdagangan atau atau atau .... lalala

yea . memang . memang PMR bukan segala-galanya . Tapi... segala-galanya PMR . Tanpa keputusan PMR yang cantik anda tidak akan mendapat jadi Doktor . Tanpa Keputusan PMR yang elok ada tidak akan menjadi Akaunten yg gilang gemilang .Tanpa keputusan PMR yg cun lagi melecun .. siapalah Anda .. pendek kate PMR sesangat Inportant !

sekarang ni tengah mengira Waktu , Jam , Minit , Saat , Detik ... Untuk Memikul keputusannya .. aaaa jangan tanya saya dapat berapaaaa . Jangan Call Sayaaa ! saya x nak jawap ! jangan ! jangan ! jangan ! .
Yaa Allah Kau Permudahkalan , Jangan dipayahkan ..

yea memang saya bukan nak jadi Doktor , enjiniar , Akaunten , pegawai Bank ! tapi Saya Juga Ada Hak dan Berhak untuk mendapatkan keputusan yang baik lagi terbaik dalam PMR

Akhir kata dari saya . Selamat maju Jaya kepada semua calon PMR 2012 . 1997 . moga dirahmati dan diberkati oleh Allah Azza wa Jalla .. BittauFiQ WaNnaJaH 

Friday, 30 November 2012

"Dadih Cinta" Untuk family tercinta.

Assalamualaikum .

  Alhamdulillah , malam yang indah , jiwa  digetari dengan alunan suara Qori cilik Ahmad saud yang mengalun-alunkan  alunan suaranya yang lunak dan bacaannya sangat santai , berkedengaran dari laptop kepunyaan abang tercinta. Suasana yang redup bertukar kepada riuh rendah bila jeritan anak saudara yang memecahkan suasana yang redup kepada panik . ku pikir apa . ternyata LiPassssssss !! ( anak lipas yang kecil saja) huhu , najah,najah macam-macam lah anak sedara c.emy sorang nie.. aduh sian betull..

Suasana tegang kembali , bila najah trauma tengok Lipasss !! Tuuuttt !!

 Bila keboringan datang melanda mencurah-curah kedalam diri . Rasa nak masak something je . Selongkar Almari di dapur ... Waaahhh ! ade susu cair , Agar-agar , gula yang banyaakkk ! tepung ( tapi tak pkai pon )  , and perisa Vanila . bahan-bahan menghantui dan meronta-ronta minta untuk dimasakkan sesuatu yang istimewa buat family ... Its time to Cook  !!
 masak punya masak ! waahh akhirnya Alhamdulillah siap juga , cuma perlu disejukkan dulu semalaman . esok boleh di 'Gomo ' sama dia.. yaahh ! . cuma satu je , takut tak jadi.. sbab x ckup air . tapi.. x pe , niat buat dadih cinta untuk family , semoga hadir rasa cinta daripada dadih itu.. dan cinta  dari hati ke hati ...  Usrati Jannati :) Keluargaku TerrBAikkk ! Insyaallah Bi Iznillah :)

Thursday, 29 November 2012

K . M . K ?

Bismillahirahmanirrahim .. Assalamualaikum.

Malam yang Indah diselubungi kegelapan malam dan disinari cahaya bulan dan bintang yang berkelip-kelipan  dilangit tinggi nun disana , dan diterangi pula dengan lampu-lampu ciptaan manusia , Manakala diserikan lagi dengan cahaya-cahaya keimanan khalifah-khalifah mu yang sering mengingatimu dan tidak menduakan kewujudan mu yang sedia kala .. Subhanallah Indah ciptaan mu Ya Rabb .. Alhamdulillah syukur  atas Nikmat kurniaanmu .

Alhamdulillah dikurniakan cuti yang agak panjang kali ini . Biiznillah . Cuti dari bersekolah tapi tidak bermakna cuti sebagai seorang hamba Allah , sebagai adik , sebagai anak , sebagai pemimpin diri sendiri , sebagai pelajar , dan lain-lainnya . Allah mengurniakan masa yang panjang  agar dihabiskan dengan perkara-perkara yang bermanafaat , dan bukan dengan perkara-perkara yang me''lagho''kan kita . Allah suruh Habiskan Buku-buku Ilmiyah Yang bertambung atas rak buku tuuuuuuu !!!!

Hermm , Alhamdulillah Allah mengurniakan Otak Dan Akal fikiran agar saya dapat menbaca , menyebarkan da'wah , merubah *berhijrah* diri kepada yang lebih baik  dan jugak mengira.. Kira . yea kira . Agar saya dapat  mengira  hari  - hari saya untuk ke Pupuk Machang . Agar  menyempurnakan lagi K.M.K sekolah Mpi yang ditaja oleh ITS alumni Mpi..  K.M.K ini untuk badan-badan da'wah sekolah , pengawas sekolah, dan , dan , dan .....  mana-mana peserta yang menyertai K.M.K ini akan menjadi  AJK-AJK atau Fasilitator-Fasilitator Untuk MITASI 2013 kepada pelajar-pelajar Tingkatan satu 2013 ( adik-adik ler teww) In Syaa Allah .

 K.M.K = Khusus Memantapkan  Kepimpinan
MPI =  Maahad Pengajian Islam
 ITS = ikatan teman seperjuangan ( abang2 dan kakak2 alumni mpi)
MITASI = Minggu Ta'ruf dan Silaturahim




Lokasi di Pupuk Machang .. Program ini In Syaa Allah Akan diadakan pada 20 hingga 22 haribulan 12 ini pada 2012 . :) Bi Iznillah . Allah Allah . Moga dipermudahkan segala-galanya . kita hanya merancang . Allah jualah Yang menentukannya.. Yang Paling nak tergelak adalah .. bila dapat tahu kakak saya ( kak silah ) juga turut menjadi AJK dalam program ini . tapi hanya dalam bahagian persegaran semata-mata . Dan Nak tergelak jugak bila kak silah ckap yang Abang saya pun kena jadi AJK jugakk haha iaitu abang akmal (a.Qma) haha tapi.. beliau di bahagian Ibadah dan pengisian .. okey lah tu.. And disebabkan tidak ckup ahli AJK . A.Qma ajak plak kakak saya yang lagi sorang ( Kak sha ) haha macam klakar je rasa.. sbab x penah ke program macam ni tapi AJK-AJKnya adalah keluarga saya sendiri .. haha Darah daging saya sendiri..  x  mengapalah . mungkin ade hikmahnya kenapa Allah buat macam tu.. x pe lah kalau ade pape boleh rujuk kat diorang kan ?.. Allah itu lebih mengetahui. Allahu Akhbar !

And perkara yang paling tak suprise untuk saya is , Apabila saya terintai tentatif-tentatif sepanjang perjalanan program tersebut . Allah langsung tak suprise. and saya jugak tahu apa yang akan disuapkan kedalam mulut ini sepanjang program  tersebut.. peehh ! lauk-pauk dy .. fuyyohh !! hebat ! Hebat ! Hebat ! kat rumah saya pon makan tak semewah itu.. huhu. Tak Ape lah Mungkin ALlah Nak suruh saya bersiap sedia lebih awal untuk semua tu nanti.. Biiznillah !

Tuesday, 27 November 2012

Wahh ! LaBuhNya Tudung Dye !


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu .. Khaifa halukum ? Khair au la ? 

Assolatu AlanNaBiy Muhammad S.A.W


Ramai dan kebanyakannya ( tak semua juga) mengatakan bahawa bertudung labuh tu alim . Eh betul ke ? 


,acam pelik je an ? Apa Orang nak cakap pon tak kesah ! Lantak situlah dye nak ckap ape pon..

  Macam ni yang Sebenar - benarnye Bertudung labuh itu bukan  sebagai kayu ukur tingginya tahap 


keimanan seorang wanita itu ..

Bukanlah juga sebagai  sesuatu jaminan utk dia masuk ke syurga yang kekal Abadi itu.. 


Tapi dgn tudung labuh itu membuatkan dia akan  sentiasa berusaha dan berusaha  utk berubah menjadi 

seorang muslimah yang solehah yg Penciptanya mahukan dan untuk mengejar Mardhatillah ..

Kerana.. Dia, wanita yg mahukan kasih sayang dan cinta Illahi sentiasa ada bersamanya dlm apa jua keadaan

 yg ada..

Dan.. Bertudung labuh itu juga menjadi pelindung diri wanita drpd perkara yg tidak baik dan juga gangguan lelaki ajnabi yang nakal..




Semoga dari kerana tudung, hati juga terjaga, akhlak pun terpelihara dan akidah semakin teguh dan kukuh

utk redha Illahi..

Insyaallah.. Aaamiinn..










Rahsia Amalan menjadi Wanita Solehah Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah.Disini tuliskan serba sedikit tips atau ciri-ciri yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.
Amalan-amalan itu ialah:

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

#inilaah tips untuk menjadi wanita solehah , para sahabat HAWA ana , mari kita amalkan , Insyaallah , semoga di permudahkan oleh Allah ^^"








 Cara pemakaian wanita yang menutup aurat paling sempurna ialah pakaian yang boleh di pakai terus untuk menunaikan solat..tanpa menggunakan telekung mahupun kain..






Perempuan yang pakai SEKSI dan yang bersolek
keterlaluan tu sebab tak yakin dengan ciptaan
ALLAH padahal perempuan Afrika yang hitam

legam pakai cawat pum ada suami

~Ustaz Azhar Idrus~

Indah ciptaan MU

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh :) moga sehap-sehap selalu

 Assolatu alannabiy ..


*Ciptaan Allah S.W.T semuanya Indah dipandang* 
Rama-rama  tidak tahu betapa Indahnya warna sayap mereka, akan tetapi manusia lebih tahu betapa indahnya warna mereka.."

Begitulah juga diri kita,tidak tahu betapa indah dan Istimewanya diri kita. Namun begitu betapa Allah tahu

dan meng"istimewa"kan kita dimataNya...

Tatkala kita Tunduk dalam SyariatNya, Redho atas TakdirNya, tersenyum dalam musibahnya, dan tegar dalam ujianNya Bersyukurlah Pada Allah ..  (◕‿◕)



‎"Biar kita tiada rupa, tapi orang pandang akhlak kita. Biar kita tiada harta, tapi kita kaya budi bahasa." ツ


renung-renungkan , dan selamat  beramal untuk mendapatkan Keredhoan Allah S.W.T






Hidupku milikmu 

    Emy Ghazali ;)

Monday, 26 November 2012

Syukran Jiddan

Sollu Ala Rasulillah Ya Habibi Mustafa 

Assalamualaikum .
   Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bertaubat dan memohon keampunan dari Allah dengan dosa-dosa kita yang banyak.sebanyak buih-buih di laut.setinggi gunung-ganang.seluas hamparan bumi. Astaghfirullah. Terima kasih Ya Rabb kerana engkau masih panjangkan umurku hingga ke hari ini untuk aku bertaubat atas dosa-dosa laluku yang disengajakan dan dalam tidak sengaja.dalam sedar atau tidak. Thank's Alo Allah . Engkaulah tuhan semesta alam . Syukran . syukur atas nikmat hidupmu ini walau disimbah dengan pelbagai dugaan dan cabaran untuk hamba menyelesaikannya dengan cara yang baik .

Alhamdulillah , dah lame nak makan bubur jagung masakan Bonda tercinta. semalam dapat jugak makan walau tak banyak hanya lapan pinggan . emm yummy . Allah itu maha mendengar permintaan hati kecilku. Alhamdulillah. Terima Kasih mak sebab sudi masakkan bubur jagung kesukaan  anak mak yang manja "kededek" ni . huhu kenyang sesangat . makan bubur jagung tu kalau x makan nasi pon x pe. nasi hari-hari makan . bubur jagung tu jarang-jarang je boleh makan . hehe . And tak lupa jugak kakak saya yang beli jagung tu kat cameron . waahh jauh tu . tapi.. x de lah jauh sangat . hehe . pape pon Thanks sebab belikan jagung tu . kalau kakak tak beli mesti tak leh makan punyalah ! Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan deria ingin beli jagung tu pada kakak saya. Thanks For the best Bubur jagung . makan hingga menjilat jari .


* we are friend * our memories

Masa hari sabtu hari tu saya outing menenting melenting  lenting *Toink Toink Toink* dengan kekawan. hee . Thank 's a lot to abah and umi sarah sebab sudi tumpangkan saya ke KB MALL ngan sarah.  and Terima kasih jugak untuk kawan -kwan saya untuk hari yang menggembirakan itu . ia akan menjadi memori yang indah , manis semanis-manisnye .. thank you Sarah , Auni , Tyra , Lela , Lela's cousin *amira* kerana menyerikan lagi hari tersebut dengan gurau senda dan gelak ketawa korang yang sweet-sweet cun lagi melecun tu.. peewwiitt ! haha . nakal betul korang eh ? rotan karangkan. huhu . rase macam x puas je pusing-pusing kb mall tu ngan korang haha .. naik tangga turun tangga. naik balik kemudian turun balik.. haha .biarlah orang nak cakap ape pon . lantak situlah . asalkan kitaorang bahagia .. haha kan ? kan ? kan ?

>jumpa org tu kat kb mall ! eee geram nak ketuk2 baling dlm tong sampah. nasib baek dy ngan family dy , lau tak memang dah baling kat tong sampahda ! (tak de tong sampah pon kat situ) eleh macam lah berani , yang aku pulak jadi malu tak tentu pasal. apelah ! nasib baik x pecah lubang ! lau tak mati eden ! adehh <


* macam nie lah muka eden mase nampak orang tu ! nak ketuk2  je rase*

 Semalam anak saudara balik ! hermm . Alhamdulillah keboringan yang tahap gaban dah mula beredar dan dah mula menyemburui daku yang sibuk melayan kerenah anak-anak saudaraku .. huhu.. mekasih Najah sbab sudi jadi Radio buruk untuk che emy  dengan kepetahan mu dan menjadi wayang untuk che emy dengan aksi-aksi , gelagat-gelagat , telatah-telatah  dan perbuatan mu yang nakal dan mencuit hati dan sudi jadi pengacau bila che emy main internet.. huh !! ape pon tak boleh lah najah nie.. huhu and mekacih jugak kat afham . sebab sudi keluarkan suara *nangis* untuk mintak che emy buatkan susu . :)  . mekasih sebab isikan masa lapang che emy yang panjang nie...  nanti kita makan ais krim naa.. che emy belanja.. alala  comey !!

.. Ya Allah terima kasih kerana engkau mengurniakan aku umur yang panjang hingga kini.. Ya Allah Aku ingin Syahid di jalan mu. Ya Allah terima kasih kerana mengurniakan ibu dan ayah yang penyayang , beragama dan bertanggungjawap ! . Kau panjangkanlah umur kedua-dua mereka . sihatkanlah tubuh badannya. Ya Allah kau matikanlah mereka dalam keadaan husnul Khatimah . kau permudahkan segala urusan mereka YaAllah. Alhamdulillah kerana aku diuji dengan kebahagiaan . Alhamdulillah Ya Allah terima kasih kerana menyerikan setiap langkah dan hela nafasku. . 

Sunday, 25 November 2012

Buat sang pencinta Penghijrahan



Bismillah , Sollu Ala Rasulillah 

jika syaitan tak pernah putus asa mengheret kamu ke neraka,kenapa kamu boleh berputus asa untuk ke

 syurga? 





berjuanglah sahabat-sahabat. aku ada disini buatmu. 

aku takkan pernah berhenti dan mengeluh membantumu meskipun ada yang aku tidak pernah bersua di alam 

nyata.ketahuilah sahabat,ketika aku berhijrah tiada siapa yang membantuku.aku terkontang kanting 

sendirian.hanya buku ilmiah menjadi petunjuk untuk aku kembali sendirian. sehingga ada satu ketika,aku 

memandang wanita itu. dia memakai tudung labuh. tapi dia hanya memandang. tiada sebuah senyuman.dan 

disebuah mata itu menghadiahkan aku sebuah jelingan.mungkin kerana aku yang asyik memandangnya.tapi 

dihatiku ini yang kujeritkan ''macamana awk tutup aurat macam ni.. saya nk macam awak juga'' . tapi 

semuanya hanya diucapkan di lubuk hati. dan sejak itu.. aku berhijrah. aku lakukan demi mengejar 

RedhaNya. aku berazam.. aku tidak akan membiarkan sesiapa yang ingin berhijrah sama sepertiku 

terkont
ang kanting sama sepertiku. in sha Allah andai jasad masih dikandung badan..aku akan selalu ada 

membantu sahabat-sahabatku untuk kembali ke pangkal jalan. :) 

sahabat.. jangan takut untuk berubah. jangan pernah hirau pandangan manusia. mereka tidak akan bersama 

kita ke neraka dengan dosa kita. jangan pernah merasakan Allah terimakah diriku yang berdosa ni tanpa 

kalian rasakan erti sebuah taubat. cubalah bertaubat sepertimana kalian cuba-cuba melakukan dosa. 

ketahuilah sahabat,aku belajar dengan kata-kata cinta Allah inilah yang menjadikan aku semakin tabah 

berhijrah ..








''Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon 

keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) 

dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu 

dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu. 









kalian.. ketahuilah.. dengan tangan yang aku depakan,dengan setelus keikhlasan hati aku tadahkan,aku 


hamba Allah yang banyak melakukan kesilapan ini sentiasa tidak putus mendoakan kalian sama-sama akan 

merasa kasih sayang Allah dan sama-sama ke syurga Allah yang hakiki. in sha Allah. sahabat-

sahabatku,ingat pesanku jika kau telah kembali kepangkal jalan,janganlah kau sombong dengan hidayahmu 

itu,kau ingatkanlah mereka yang masih lagi lalai.hidayah itu benar milik Allah tapi hidayah Allah itu perlu 

dicari. mungkin Allah menjadikan kita sebagai perantaraan untuk sebuah hidayah buat mereka.sekian.. 

assalamualaikum.semoga Allah redha perjalanan hidup kita. aameen.



sahabat.. jangan takut untuk berubah. jangan pernah hirau pandangan manusia. mereka tidak akan bersama


kita ke neraka dengan dosa kita. jangan pernah merasakan Allah terimakah diriku yang berdosa ni tanpa


kalian rasakan erti sebuah taubat. cubalah bertaubat sepertimana kalian cuba-cuba melakukan dosa.


ketahuilah sahabat,aku belajar dengan kata-kata cinta Allah inilah yang menjadikan aku semakin tabah


berhijrah ..



''Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon


keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati)


dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu


dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.



kalian.. ketahuilah.. dengan tangan yang aku depakan,dengan setelus keikhlasan hati aku tadahkan,aku


hamba Allah yang banyak melakukan kesilapan ini sentiasa tidak putus mendoakan kalian sama-sama akan


merasa kasih sayang Allah dan sama-sama ke syurga Allah yang hakiki. in sha Allah. sahabat-


sahabatku,ingat pesanku jika kau telah kembali kepangkal jalan,janganlah kau sombong dengan hidayahmu


itu,kau ingatkanlah mereka yang masih lagi lalai.hidayah itu benar milik Allah tapi hidayah Allah itu perlu


dicari. mungkin Allah menjadikan kita sebagai perantaraan untuk sebuah hidayah buat mereka.sekian..


assalamualaikum.semoga Allah redha perjalanan hidup kita. aameen.


 Salam penghijrahan buat mu ~

Tuesday, 20 November 2012

2 ke 3 bang ?

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh , 


Lame dah tak update dkat blog nie.. dah berhabuk dah haa ! Fuhh ! Fuuhh ! *ehek,ehek tertelan gabuk blog*

Alhamdulillah masih segar walaupun kini sudah detik 1 stgh pagi ,  kejap je rase kan ? sekarang dah bulan 11  ... Ohhoo ! maknanya dah x lame laa nak msuk thun 2013 , uhuu x sabar..
                                         
*saye pon x tahu rumah sape .. yang pasti comel.*


Hari tu tercuri - dengar ayah ngan abang story-story pasal rumah yang tengah bina tu..
 Entahlah , katanya x jadi buat 3 tingkat , so .. kalau bukan 3 maknanye 2 tingkatlah yea ? . huhu pon bolehh.

sebenarnye plan memang nak buat tiga tingkat , lakaran ape semua dah perfek dah untuk  tiga tingkat. tapi si tukang nie x percaya pulak abang saya kate nak buat tiga tingkat , masa mula-mula bagi tahu tu , si tukang tu gelak je . tak komen pape pon.. pastu bila last-last minit . abang ckap ape  tah . pastu tukang tu igt abang gurau nak buat tiga tingkat . tu lah akibatnye. akibat suka bergurau . terimalah.haha 

tukang tu pulak buat untuk plan 2 tingkat je laa.. kalau nak tambah satu tingkat lagi , memang x boleh , sebab x kukuh . nati rumah tu boleh runtuh.. haha  pape pon saye x kesah . asalkan dapat pindah rumah cepat-cepat. tak sabar rase..

Insyaallah Raye cina tahun depan dah boleh pindah rumah. Huuu x sabar betul. x tahan daa duk kat snie.

herrmm kalau nak cat warne ape comel eh ? herrmm

Friday, 2 November 2012

Qasidah ya Hanana





MAksud QASIDAH YA HANANA

” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,

Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.

Wednesday, 31 October 2012

Ku menunggu Mu ^,^

 Sollu Ala Rasulillah Habibi mustafa 

______________________________________________________________________

BismillahiRrahmanirRahim . Assalamu Alaikum ...



Pagi yang indah , cahaya matahari yang menyinari ruang-ruang udara.Ciptaan Allah tiada yang mustahil.
Ya inilah ciptaannya.Alhamdulillah masih dapat menghirup udara yang dipinjamkan kepada ku dariNya.
Alhamdulillah ...

Manusia itu pendusta,
berjanji pasti memungkirinya.Bukti ? banyak buktinya yang dapat dikemukakan.

Allah itu maha menepati,
Tiada yang didustakannya.Tiada bukti yang menunjukkannya pendusta .Tiada.Yea sangat jelas sekali tiada bukti yang dapat menerangkan pendustaannya.Hebat.Sungguh hebat sekali .

........
Jika engkau tidak mampu untuk menunaikan dan tiada masa untuk itu , usah kau berjanji.Kerana peritnya rasa hati ku menunggumu menunaikan janji-janji mu yang tidak tahu bila akan tertunai dan akan ditunaikan oleh mu..
Andai kau dapat merasai apa yang ku tanggung . namun itu tidak mungkin sekali kerana engkau tidak merasainya.Yea langsung tidak !

Ku menunggu panggilan mu sayang , mana janji mu itu sayang ? apakah statusku dihatimu ? rakan , teman , kawan,sahabat ? atau sebaliknya ?
Oh Allah , mengapa dengan ku ini ?
 Oh Allah. Ikhlaskan hatiku dalam mencari redhamu . Maafkan Aku Ya Allah . Kerana Aku insan biasa yang masih punya perasaan yang tidak menentu .Maaf . Maafkan diriku yang masih lalai mencari cinta antara manusia biasa yang bernama SAHABAT ya Allah.

Astarghfirullah , apa yang aku ungkit-ungkitkan ini ? 
dia tidak menelefonmu pasti ada sebab-sebab yang tertentu , apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita , Allah lebih tahu . Kembalilah . yea kembalilah kepada Allah yang satu . letakkan Allah nombor satu bukan insan biasa yang sering lupa akan janji-janjinya itu.

Maafkanlah.maafkanlah insan itu.yea akan ku maafkan mu sayang usah kau risau . namun,panggilan dari mu tetap ku nantikan sayang . Usah kau risau sayang, kerana aku pasti menyahut panggilan mu dengan hati yang terbuka dan dengan perasaan yang  gembiranya yang tak kan bisa digambarkan  .

sayang-sayangku seemua , jangan lupa call yea sayang ? ku menanti panggilan mu di setiap hari-hari ku . akan ku nanti dengan penuh sabar. hingga tiba waktunya untuk kau panggilku ! 

aduhai !..

 Terjumpa benda ni di Facebook. Harap awak maafkan saya yea sayang ? andai kehadiran saya di sini terumpat tentang mu disana  sayang. Maaf. Hanya itu yang dapat ku hulurkan padamu..

‎"Ada 4 perkara yang berharga dalam diri manusia dan boleh hilang dengan 4 sebab. Adapun yang berharga 

itu ialah AKAL, AGAMA, MALU & AMAL SOLEH.


-AKAL boleh HILANGdisebabkan MARAH.

-AGAMA boleh HILANGdisebabkan DENGKI.

-MALU boleh HILANGdisebabkan TAMAK.

-AMAL SOLEH boleh HILANGdisebabkan suka

MENCERITAKAN KEBURUKAN

ORANG LAIN."
 (\__/)
(≧.≦)
(“)_(“)

Tuesday, 23 October 2012

Tragedi Oktober


Sollu  Ala Rasulillah ya habibi  Mustafa

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahi Allahu Akhbar .. 

Waktu berdetik-detik menggantikan dengan waktu-waktu yang lain ...
Saat berganti saat , Minit berganti  minit , Jam berganti jam , Hari berganti hari , Minggu berganti minggu , Bulan berganti Bulan Tahun berganti tahun .. 
Kini genap satu tahun empat hari tragedi hitam itu berlalu pergi . meninggalkan memori yang pahit buat kami sekeluarga , Allah , Allah ..

Begitu perit rasanya untuk menanggung semua ini. lagi-lagi bagi saya yang paling muda dalam keluarga saya..
 Namun Rahsia Allah untuk kami lebih manis , dan berganda-ganda berbanding yang sedia ada.

...Kisah bermula dengan Panggilan telefon , Kringgg Krinngg .. ku angkat lalu suara garau dari seorang unkle yang menanyakan ayah ku kedengaran .. Wajah ayahku kelihatan sgt gembira , ku dengar penjelasan darinya Masyaallah Rezeki :). Fly to KL time , ayah go with Happy mood . Pulang Dari KL Berita gembira dibawa pulang bersama. Passport , and mcm-2 lagi dibuatnya ..

Ramai ahli keluarga kami yang pulang untuk , jumpa ayah sebelum berangkat ke Tanah Suci..
Kebetulan pada hari tersebut saya cuti , kerana memberi peluang untuk kakak-kakak dan abang-abang menjalani peperiksaan 'PMR 2011' so.. bole lah saye hantar ayah kat Airport di terengganu .. huhu bertuah-bertuah.. saat nak tinggalkan ayah sorang-sorang kami semua peluk erat dan cium sepuas-puas pipi  ayah n_n ' huhu .. eh apelah cite byk-bnyk .. malu lah .. hehe

 with Lovely DaD ! <3 in Airport Ganu


Ayah selamat sampai ke tanah  suci , 2  hari selepasnya saya ke  sekolah kerna ada buat majlis persaraan Mudir *pengetua* sekolah kami , huhu , time tu sedih jugak , sbab mudir kitaorang baik sgt , dah laa sporting , baik , waaahh rindunye kat ustaz !

the last picture with mantan Mudir MTM *in Eid *


pas tu tibe waktu untuk pulang ke rumah , ku Telefon Abang  tersayang agar mengambil ku  pulang kerumah

dengan perasaan yang bercampur aduk , *dikacau orang kurang waras,perasaan x sedap hati , zohor  belum solat, hujan,penat , and bnyak agu* ku tunggu dan menunggu kedatangan abang ku , nak masuk sekolah untuk solat takut abang datang ... ttuutt ! , pkul 3:45*lebih kurang* kakak ku dantang menjemput , perasaan hairan menyelubungi diri ..

masuk kete je , kakak tenangkan hati ku ..
dan diberi tahu kami telah kehilangan rumah pada jam 2:15 petang.
ku terus tergamam , dan otak tidak berhenti berfikir..
apa yang difikir pon x tahu .. *aiyyakk !
namun Mulut melafazkan INNALILLAHI WA INNAILAIHIRAJIUN
hanya itu yang terlafaz di bibirku.. Allah , Allah.

Setelah kakak ku melihat kelegaan yang terpampar pada wajah ku
kakak ku menyambung ceritanya lagi ,
*nampak api dari bilik...dot,dot,dot,dot*
hanya mampu menadah telinga ..

Air mata , yang degil..
sudah berkali-kali  , lap ! namun tetapkeluar !!!
kenapa kau degil sangat ?
dibawa kakakku kerumahnya.
untuk menyalin pkaian dan menunaikan kewajiban kepada-Nya.
azan berkumandang .
menandakan asar datang menjemput.

slesai..alhamdulillah.
dibawa kakakku ke tempat kejadian.
Habis.
habis semuanya..
ramai yang datang ke rumah nenek *sebelah rumahku*
sayup hati makin terasa . Allah.
sorang demi sorang datang menggosok belakangku.
Air mata degil !!
ingin juga keluar saat-saat itu.
 Ya Allah kuatkan hati kami..
ku tahu semunya ada hikmah disebalik yang diberi pikul itu..
Allah , Allah ! kuasamu tiada yang dapay menandingi !


okey air mata ku kembali lagi.. x nak tulis  daaaahhhhh !



Tabarakallah ..








Wednesday, 17 October 2012

NosTalgia di MtM

Sollu ala Rasulillah :)

____________________________________________

Bismillah , Salam Alai-kum , Lailatussa'id .*Selamat malam .. 

Sunday, 7 October 2012

PMR !!!

Allahumma , sollu ala rasulillah..

----------------------------------------

malam nie , esok , malam esok ... lusa ? exaaaammmm


ya Allah lusa dah nk exam ,Astaghfirullah.. sedar tak sedar dah besar dah yea ana ?
Abi always ckap sat gi jadi 'Mak' orang laa noh..
haha tapi itu semua lambat lagi... study dulu eh ! x payah bergedik2 sangatlah.

lusa dah PMR , Ya Allah nk jwp apa pon x tahu , susah2 jwp :facebook , blog, email , chatting ,taip2 and computer.... !!!
ya Allah teruknyerr ! nak ke tengok kesedihan yang terpampar pada kedua wajah ibu bapa mu ?
mestilah x nak kan ? so do the besh ! okey ? katenye nk jadi anak mithali ! kenalah buktikan setakat kata-kata je mane boleh , tu dah ibarat pepatah arablah .. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah ... haa ! nak ke cam tu ? mestilah tak nak kan ?  

bile last-last macam ni ana memang tak study kuat sangat sebab takut kepala pusing nanti susah nak jawap soalan , Ya Alla dugaan betul.. huhu , don worry Allah always together . hak2

~Dalam USAHA mesti ada DO'A dan RESTU ibu-bapa guru-guru dan masyarakat sekeliling , and yang paling last sekali perlu ada TAWAKKAL kepada Allah ~

pape pon kena letak A dalam Target  baru jadi bersemangan betul tak huhu !! okey lah ..

BiTTauFiQ wa NajjaH !
Best Of Luck !

Friday, 28 September 2012

megreng ?

 sollu ala rasulillah...

-------------------------------------------

megreng ? what that ? haha that is perkataan in Kelantanis .. haha
apelah buat org pening je.

actually , megreng is 1 jenis penyakit .
penyakit yang  menyerang kepala.dan always buat kita pening-II
U know that ?     no ? Oh I see ! hak3

 dy coming ketika kita dalam keadaan stress , dan berfikir banyak .
so.. saya stess kah ? ohh mesti laa tak sebab tu saye megreng
nak cakap stress tu pon er.. boleh laa,sbab dngan keadaan skang nie memang boleh nampak .
lagi pon , kalau saye macam naik angin sikit hah cepatla sakit kepala. dan salah satu asbab is rabun ya allah ! salam klaz ana duk palingggg blakang , masyaallah punyala . pakai cermin mata ? ya Allah x selesanya .. x Nakkkkk !
herm.. so moral  of the story sayangi kepala anda ! tanpa kepala anda bukan lagi manusia ,tapi hantu haha acah je ,

bila sakit , jangan dilayan sangat rase tu , nantii makin sakit lah ia . bila sakit kembalilah kepada Allah jua . kerana rasa sakit itu dicipta oleh Allah juga . huhu Peace No war !

Ya Rabb Jauhi daku dr perbuatan ZiNa !!

Bismillah ...

Sollu ala nabiy 

____________________________




Ya Allah,

Bila dia bukan untuk ku,

Bila dia bukan jodohku,

Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku.



Ya Allah,

Bila ini bukan masanya,

Bila ini belum saatnya,
Jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tak mengundang murkaMU.
Agar kami dapat lebih menjaga hati.
Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.
Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu.



Bantulah aku menjalani hari,

Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”