Friday, 27 July 2012

Bantulah saudara kita *palestin & syria*

Assalamualaikum , Sobahan khair !!(selamat pagi !!) antum sehat ? puasa mcm mana ? okey ? tak tau laaa kenapa tapi ana suka fikir psl palentin ngan syrian , mcm mana lah keadaan diorang kan ? puasa pon! Masyaallah , ya Allah selamatkanlah saudara2ku di sana ! sebelum ape2 ana nk antum dgr video nie hee! ~ x nak dgr pon x pe coz ana x de rugi pape pon !haha


                                         

                                                              Di Palestin
Seorang kanak-kanak perempuan dipalestin ditembak lalu dibawa ke hospital. sesampainya di hospital, kanak-kanak itu 

terus dihantar kedoktor untuk merawatnya. Beberapa ketika kemudian kanak-kanak perempuan itu menangis, doktor yang

 merawatnya berkata " sabar, saya tahu ianya memang sakit, kamu bertahan ya, insyaAllah kamu akan pulih." Lalu kanak-

kanak perempuan itu berkata sambil teresak-esak " saya bukan menangis kerana sakit, tapi saya menanggis kerana abi, 

ummi, kakak, abang juga adik saya yang lain masih berhempas pulas mempertahankan islam, sedangkan saya selesa 

berbaring disini." Doktor yang merawat kanak-kanak perempuan itu menitiskan air mata medengarkan jawapan itu. 

Sungguh tak menyangka sungguh bersih jiwa kanak-kanak perempuan itu.

Subhanallah, maha suci Allah. sungguh jika ditakdirkan kita berada di tempat kanak-kanak tu, apa perlakuan kita.
Umat islam ditindas, kita tahu tapi ramai yg lebih suka buat tak tahu. umat islam kelaparan, kita tak pernah mahu ambil tahu.

Bantulah umat islam yang lain, jika kita tak mampu membantu dengan tenaga atau duit, andai kita mendoakan itu juga dikira membantu, satu lagi yang kita dapat membantu umat islam. BOIKOT BARANGAN ISRAEL !







        ana tak tahu lah kenapa tetiba je aty rase sayupp sgt~ ya Allah ampunkan daku Ya Allah aku sering khilaf ya Allah , Ya Allah kau peliharalah aku dt kekhilafan ini berulang lg ya Allah ~


actualy mcm nie citer nyemase dua hari ramadhan nk datang , kelas ana ada buat jamuan , and kitaorg b'jamu selera dgn  KFC, mase tgh syok2 duk mkn tu tibe2 ana bunyi mcm satu bisikan dtg , nk tau dy bisik ape ? " ukhti sanggup benar kamu memakan saudaramu ya ? kamu x bau darah kah dr apa yg kamu mkn itu ?"  -gulp ! ana ape lg t'telan air liur lah ! paling kiri ade kwn ana yg tngah b'selera makan , tengok kanan x de org pon ! paling belakang hanya diding kelas je , and tiba2 ana t'bayang saudara2 kita kat palestin dan syria , mereka diseksa dgn senjata2 puak-II Israel , adakah tu petunjuk untuk ana x makan KFC lg ? mungkin itu petunjuk dr Allah , Ya Allah Ampunkan kekhilafan hambamu yg dho'if ini Ya Allah .. :'(

     Korang tau tak ? stiap kali kita membeli barangan Israel itu , setiap kali tu lah kita b'sekongkong dgn dy !! kerana mereka gunakan duit-II tu untuk beli senjata , peluru , bom , kereta kebal dan sebagainya untuk nak bunuh saudara-II kita di sana , Bantulah Islam , Tahanlah Nafsumu , kuatkan iman BOIKOT ape yg patut di     boikot !! jgn bunuh saudara sendiri .. Ya Allah Selamatkanlah ISLAM ya Allah .. 


   bersihkan hati mu sebersih tulisan ini , bersih tanpa dosa ...



Thursday, 26 July 2012

Islam itu Indah :)



Bismillah , Assalamualaikum , antum sehat ? Alhamdulillah , puasa ? Alahamdulillah , ape x puasa ? aiy hawait tu ? haaa ayoo x tahu , nanti antum kena ganti tau ! hehe , x pe ,x pe ana faham , alah biasalah tu ! 
Ana hari ni puasa tau , jgn salah faham pulak! 
ok ok dan ok lagi , hari ni ana nk kongsi pasal make up sikit , antum mesti minat make up kan ? eh2 akhi nie minat make up juga ke ? ayooo x tahu ! haha x de lah joking jep , kalau make up biasanya kaum hawa kita kan? haha memang dah jadi tabiat dah ! okey today ana nak kongsi pasal make up muslim , nie bukan make sebarangan tau , make up ni x perlu keluarkan modal pon !  very easy ! haha okey okey x nak cakap byk 


~♥✿.¸¸.•´✿◕ MAKEUP MUSLIM ~♥✿.¸¸.•´✿◕

Untuk muka =>> WUDHU.
Untuk bibir =>> DOA.
Untuk mata =>> TUNDUKKAN pandangan.
Untuk suara =>> membaca ayat2 QURAN.
Untuk tangan =>> banyakkan SEDEKAH.
Untuk kesihatan & keselamatan =>> SOLAT.
Untuk Hati =>> TAQWA kepada Allah.

Hah ! senang kan ? x yah buat kuar modal sikit pon , just usaha je ! di samping  tu kita boleh bersihkan dosa kita kan ? dosa2 nie bahaya tau tak ?


                                                                  BAHAYA DOSA..

~✿..Apa BAHAYA DOSA? Bahaya dosa yang PALING BESAR adalah ia MENGELAPKAN HATI..bila hati gelap, kita akan TERHIJAB daripda Ilahi..bayangkan, apabila kita ada masalah..memang terdetik hendak MENGADU kepada Allah tetapi akhirnya kita rasa SEGAN menggunung, “Aku bukan baik, Allah nak layan ke aku?” dan biasanya kita TEWAS sebab apabila BANYAK DOSA, sangka baik kepada Allah pun jadi SUKAR..

Sebab itu banyakkanlah buat KEBAIKAN walaupun sekecil SENYUMAN, walau semudah DHUHA dua rakaat, kita akan BERSEMANGAT, dan kita akan melihat apabila kita ada masalah..kita mudah MENGADU kepada Allah, dan kekuatan turun mencurah IBARAT HUJAN..✿

>>> JANGANLAH malu untuk BERTAUBAT kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana BANYAK 

KALI sudah bertaubat..♥♥♥ 




 Selamat beramal ..

Wednesday, 25 July 2012

Facebook Oh Facebook

Bismillah , salam Alaikum ! ya akhi wa ukhti :) 

      cakap psl facebook mesti kenal kan ? x kenal ? ye ke ? x cayalah ! adik saye pun kenal ! (adik ?)haha !
okey mlm nie ana nk kongsi tentang facebook ..

Andai Rasulullah Melihat Aku BerFacebook.

 Ana just nak kongsi sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya ‘Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook’. Apa yang antum  nampak bila dengar tajuk tu?
Seperti yang kita tahu, setiap sesuatu ada ’pro and cons’nya kan? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Kawan usrah cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap “disebabkan kitafriend dengan bermacam umur manusia,so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat info sikit pasal U.” Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber’chatting’ dengan seorang kristian.



Muslimah Dan Facebook.






Nampak tak sebenarnya apa yang ana  cuba nak sampaikan melalui tajuk tu?
Ok, begini. Kalaulah kan, seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak macam mana? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat. Peringatan, BILA KITA BERFACEBOOK, Agak-agak kena puji atau kena tegur?
Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan facebook kita. Bermanfaat untuk orang lain atau tak? Dedah aurat tak kat facebook? Kalau dah tutup aurat pun, masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu. Cuba check!
Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber ‘facebook’ ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfacebook tu, apa rujukan antum? Siapa sasaran status antum? Banyak jenis orang di facebook ni. Ada yang buat facebook macam diari.
Facebook aku, suka hati aku la nak post apa pun!”
Kemudian, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam the bad side of Facebook. The bad side of Facebook? Muslimah? macam mana tu? Begini..
Bagaiman syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham kan?
Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana pun tak tau la.
“Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling mencintai kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwahfillah? Ha, ye la tu. Tak dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.” (tengkorak hang) 
Betul ke ni?


Contoh dalam facebook. Kita post status dengan genre Islamik, Kemudian ada la rijal mari bertandang,
“Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni.
“Eh, takdelah. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang.”
Nampak?
Ya Akhi wa ukhti ! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni? Kemudian kalau brother tu tiba-tiba jadi mesra, mula la nak bersalah sangka, “Eh,dia ni. Nampak je waro’ tapi miang jugak.” “Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni siapa, dia tu siapa?”


Hmm, Kasihan brother tu. Dipersalah terus menerus. antum, jangan salah faham. Bukan ana nak back up pakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya.
Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tu bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan? Banyak page-page cinta islamik.
Malah, Buka sahaja facebook. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.(erk ?)




“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.
“Aku menunggumu kerana Allah.”
Remaja, Jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.
Jangan salah faham. ana Bukan nak cakap benda ni salah. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni. Subhanallah. Musuh islam pun gerun tengok kita.
Ada jugak yang spesisaku like kau, kau like aku’. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di ‘like’. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like. Status yang different gender tu juga dia nak like. Apa tuh orang kata, macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala. Magnet tak kenal halal haram. Tapi yang kita ni. Sepatutnya dah terlebih faham kan.
Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat. Muslimah, Walaupun anti tutup aurat dengan sempurna sekalipun, jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk anti  upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir . Jadi jagalah perlakuan kita, mahalkanlah mahar maruah kita.
Kemudian, untuk kamu yang berniqab. Walaupun hanya nampak mata sahaja, janganlah kamu ambil gambar yang agak’.
 ‘melampau Bimbang nanti terpesong niat pula. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Jadi, rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan.

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook, apakah reaksinya?Kecewakah dia denganku? Ya Allah, peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..
Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don’t judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :’)
Jom jadi pelik! Hidup GENERASI GHURABA’!




Tuesday, 24 July 2012

Haram tetap haram ! *couple*

Assalamualaikum.. Today, ana nk kongsi 1 cite yg ringkas tpi padat dan penuh pengajaran kepada org yg tgh bercintan-cintun di luar ,dalam sane , situ tu .. meh sini baca nie meh ! okey lah ana x nak ckp byk pon sebenarnye , tpi sudah lumrah Perempuankan ! ape boleh buat , tpi kalau dlm b'ckp mybe ana x byk ckp kot ! sebab ana berpegang dengan sabda Nabi yg b'maksud 'Siapa diam dy selamat ' kalau nk dihuraikan pasal nie memang panjang tpi kat sini ana bukan nk ckp psl nie , tpi nk ckp pasal COUPLE .. haaa antum suka sgt cite couple2 nie kan ? tak ? betol ke ? x nak caye lah ! okey Terngepek byk pulok !



barakallah.. hehe sweet kan ? Love  After married memang sweet ~





Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar. *nasib laa badan*
Lepas tu saya cuba buat lawakbkononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan.Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti) tapi saya tak kesah asalkan ada yang terhibur.Tapi saya tetap merasakan kekosongan.
Memang lumrah manusia Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasaSaya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagiada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata 'ALL OUT'lah
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah tak dinafikan Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau , Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2 , kalau 'birthday' kita sambut sama-sama.. (Gedik!!)
Untuk diri ini,terasa amat bahagia Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..Saya pernah terikirBiarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam Saya kena jadi baikSebab memang itu fitrah manusia menginginakan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan? kan kan ? 
Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid Rapatkan diri dengan Al-Quran Selalu solat jemaah awal waktuSelalu dengar tazkirah
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri.
jadi saya ajak awak sekaliSaya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah ,bercinta kerana Allah,Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je ade yang siap wat mksiat lg ,pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik Jaga batas-batas syara'(bajet)  Tak guna ayat jiwang-jiwang janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa Hubungan kita semakin diredahai Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwahkita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~ (kononnye laa kan !)
Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple..
"COUPLE HARAM"
Saya tak percaya tapi bila baca detail-detail yang dia bagi macam betul pulak huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita.
Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat Kita jalan-jalan pegang tangantak jiwang-jiwang Cuma saling ambil berat Tanya khabar ,Borak-borak ,Siap bagi tazkirah lagi , Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..
Masa terus berlalu..*Tik tok tik tok*
Masa ni dah nak dekat Trial SPM lagi tiga minggu sebelum trial dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..
Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegursaya kena marah pula biasalah manisia macam-macamlah alasannya ada kata saya tegur tak berhikmah ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~
Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamumelupakan diri (kewajiban) mu sendiri,padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,Cepat marah, suka buang masa,ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"
Lepas tu terjumpa pula ayat ini..
Dan janganlah kamu campur adukkan yanghak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamumengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi gaya alim,tapi couple gak ,sama aje kau
dengan kami ,tegur orang konon.." ( adeh !!)
Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir..
Dipendekkan cerita lagi sekali saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. o yeah !
Dalam perjalanan ke seminar tu saya masih sms lagi dengan awak dalam bas sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
*****
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri Lagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam pihak penganjur pun faham.
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple Tapi saya tragak-agak Kalaulah betul couple tu salahhabis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"
"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."
"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."
Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)
"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat
elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap..
"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.
"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata tak sangka mmg tak disangka saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya.
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat

"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya. .
sumber : I Luv Islam =DSabda Nabi : " Ilmu itu milik Allah , barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah , Allah akan menggandakan sepuluh kali kepadanya




o yeah ! hope , bermanfaat :D


Friday, 20 July 2012

`Ustaz' KU

  Bismillah , Assalamualaikum, salam tahajjud semua , moga antum sehat wa afiat ,  ana ari ni x berapa nk sehat lg , masih selesama dan pening2
     2 jam je lg boleh ngadap kakah 4 segi nie sat g dah nk sahur dah , selamat bersahurlah ye semua , korang sahur makan ape ? ana sahur makan ayam pusing je . umi ana yg beli petang tadi , besstt !! tpi.. best lg kalau makan yg umi ana masak.. hermm

okeyh ! today ana nk sembang2 kosong satu dua tiga untill habis no tu ,okey2 tentang 'ustaz' , maksud ana kat sini not ustaz kat sekolah mau pun surau , tapi ustaz dalam rumah tangga ,pintu ,tingkap ! hehe~

    Insan zaman skang nie kan ramai sgt yg suka Tayang dy punya body , eleh ! mcmlah comel sgt !
herm , engkau duk tayang body kat lelaki ajnabi , yg bukan muhrim tu kat suami kau ? x istimewa langsung, gedik je lebih !!!
  Herm kalau ana lah kan ana simpan elok2 'Gedik' ana untuk bakal ustaz ana , baru istimewa and romantik gitu , x gitu ? kalau hbis di tayang untuk suami dy ? hermmm~ nauzubillah


                                                                                      Cinta pada yg selayaknya ~ 




okey2 , gambar tu bukan ana yea , gambar ni perhiasan je .. ^_^ comel x ? comel x? hihi
        okey , sambung balik ,ana kan pelik sbenarnya dgn org yg cintan cintun bagai ni , diorg dah tahu 'COUPLE' tu haram , tpi tetap buat jugak ! aish , heran dan pelik bin ajaib tapi benar ~ aiwah , bahasa ape tu ? haha
   yg peliknye , diorg x terdetik ke dlm hati , untuk bg keistimewaan pd yg selayaknye saje ? *diatas nama cinta pada yg selayaknya ku nafikan yg fana ,ooo *
 ana bg video nie antum dgr sendiri lah yea , hek2

oh ye , anakan dulu ade beberapa org nk tacle ana , antara soalan diorg yg nk tacle ade is " awk dh b'punye ke ?'  arh~ menyampah sampah btul ana bile dgr ayat2 mcm nie hermm , nk ckp ana ni cute mcm fasha sanda tu tak lah kan , tpi herrmm biasalah dimata org yg dah kena angau kan ? smuanya indah ! ish3 terok betol !! langsung x pandai nk kawal Hawa nafsu dy ,ops ! ckp sal nafsu ni ana nk kongsi sebuah hadis yg rinkas je , insyaallah..

    'Jihad yg paling agung ialah melawan nafsu diri sendiri"
haa~ so ! ape lg ? lwn2 lah nafsu anda itu ye ?

Dlu , mase ana dtnya soalan psl dh b'punye belum ni ana jwp 'x terdetik pon' gitu je , ahh ~ sbab jwapan yg x comel nie sampai skang masih ade yg m'cuba nasib yg x pernah dan x akan pernah berubah . sampai mati pon ana x nk couple kecuali After married x kesah lah anda ckp sy nie x b'hati perut ke apa , prinsip ana tetap ana teguhkan ! eleh ade I kesah ?


   okey , cadangan dr kawan ana sbelum ana baca buku Novel 'Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul' karya ustazah Fatimah Syarha  ( best !! romantik gitu )yg mana jwpan mereka same ^_^ nk tau x ape jwpn tu ?
      ""Ops ! maaf lah yea , ana dah b'punya""  tak tipu yea , betol , Hoi2 budak ! ape yg betol ni ?
yea lah betul lah kan ? dah tertulis di Louh mahnfuz .. =_= , budak ni kenakan aku ke ?
sabar2 ana x kenakan sape2 pon , memang reality nya pon huhu , OH yea ana x nak ckp byk sgt ! ana nak undur diri dulu lah yea ,,,,, Assalamualaimkum moga b'manfaat , jgn Couple2 Tau ! x bek dosa ! HAreeemm~ oke lah kita jumpa di part yg len pula yea Insyaallah ......

Thursday, 19 July 2012

Sahabat jgn kecewakan ana

 Bismillah , Assalamualaikum ya sodoqie , ana harap korg smua sehat-II saje dan yg paling penting ana harap antum puas dgn apa yg antum buat kat ana , x kiralah dr segi ape pon ana hargainya , Syukran jazilan buat susah2 jew.
  ma'nusia biasalah tekadang mereka buat kita senyum , gembira , bangga , ceria ,terhibur dan ada masanya mereka buat kita rasa sedih , terasa hati , terharu , kecewa , kusam dan yg sekutu dn nye lah ! 

sebelum sy berbual penjang berdepa2 panjangnya saya nk kongsi sebuah hadis kpd antum semua Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud " Seseorg itu adalah mengikut agama temannya , Oleh itu meneliti siapa yang menjadi temannya" hadis riwaya Abu Daud dan ana juga nk kongsi satu pepatah Arab yg berbunyi 
 “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.” gitulah lebih kurang sedang-sedang nye . :)

Okey DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya.  sepertimana maksud sabda baginda Rasulullah itu tadi .



Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

Sahabat Yang Tamak:
 ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.


Sahabat Hipokrit:
 ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.


Sahabat Pengampu:
 Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.


Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan
: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjuka
kat sini ana nak cakap something , sebenarnyakan ana selalu sgt terasa ati ngan kawan2 ana , ana x tau lah knapa ana jd cm ni mungkin iman di dada masih belum kuat untuk menentang sifat2 nie , ana bukannya nk sgt ada sifat mcm nie , perit tau bila dikecewakan , tekadang kalu kat rumah ana suka imbas balik apa yg lepas , tekadang ana menangis sendiri kuar2 bilik mata bengkak umi ,abi tnye nappe ? ana jwp masuk habuk je (tipu sunat)hehe..
 tapikan tu lah ana memang x leh nk lari ke mana dah , kadangkan ! ana harap sgt2 sahabat2 ana memahami apa yg ana alami , dan apa yg ana inginkan tpi syg x de sorg pon faham . sudah suratan Takdir Ilahi .. haha aish ! haha

                           TAPI !! ana akan tetap berhusnuzon (sangka baik) dgn mereka , So K , antum x rugi pape pon ..

~ Solat Jom !!


Bismillahirrahmannirrahim Alhamdulillah syukur kehadrat  ilahi kerana dgn izinnya kita dberipeluang Oleh Allah S.w.t untuk terus hidup di dunia ini hinga hari ini , Alhamdulillah ..... Hari ni ana k kongsi sikit dengan antum semua tentang satu kisah yg dipetik dan drompak dari saudara kita ,  rakan Facebook ana yaitu Akhi Rusydi dan dikenali sebagai Syabab Musafir Kasih , akhi ni pandai lukis2 tau , dan yg menarik Lukisan2 yg dlukis smua berunsur Islami  , okey ana x se ngepek banyak anda bacalah kisah nie yea , baca secara santai dan sambil2 kita hayati apa yg nk disampaikan oleh akhi rusydi ni :)

Suatu petang, seorang pelajar sekolah rendah darjah dua menemui bapanya.

Anak: "Abah..hari ini saya tak solat Asar."

Abah: "Takpe, kamu tak cukup umur lagi."

Anak: "Umur saya dah cukup la abah..."

Abah: "Belum. Tak bermimpi lagi kan.."

Anak: "Dah..saya dah mimpi dah malam tadi.."

Abah: "Serius? 8 tahun dah mimpi?"

Anak: "Ye. Malam tadi ada awek cun datang dalam mimpi. Dia pesan something dekat saya. Dia suruh belikan benda bagi hadiah dekat abah."

Abah: "Wah....apa dia hadiah tu?"

Anak: Jap ye. ( Si anak ke biliknya dan datang kembali dengan hadiah. Lalu diberikan kepada si bapa )

Abah: "Hadiah rotan ???"

Anak: "Ya. Dia pesan suruh abah rotan bila anaknya tak solat. Rotan dengan pukulan yang tidak memudaratkan. Rotan untuk mendidik. Abah tak pernah rotan saya sejak lahir. Rotanlah saya bila saya tak solat. Benar saya belum baligh, tapi umur saya dah cukup untuk menerima pukulan rotan bila tak solat. Mengingatkan saya kalau rotan itu dah sakit, pasti sebatan di neraka lagi 150 juta kali ganda sakitnya."

Abah: "Abah tak suka rotan anak-anak. Abah sayangkan anak-anak abah. Tak tergamak."

Anak: "Abah tidak boleh terlalu berlembut dengan kami. Manja tu perlu tapi bukan terlalu memanjakan. Rotanlah saya jika abah nak bawa saya bersama-sama ke dalam Syurga."

Abah: "Tapi..tapi.."

Anak: "Suatu hari saya akan dewasa dan hati saya menjadi hati orang dewasa yang keras. Hati yang keras sukar dilembutkan. Jika abah tak mahu melihat anak abah hatinya keras macam batu, malas untuk bersolat, abah pukullah awal-awal. Supaya saya ingat sampai mati, abah selalu ingatkan solat. Dengan teguran dan dengan pukulan. Abah dah terlepas soal-jawab di akhirat bab ajar anak solat."

Abah: "Hmm"

Anak: "Saya nak abah menjadi the real abah. Tanak jadi seperti abah-abah yang dayus di luar sana; abah-abah yang membiarkan anak-anaknya tidak solat kerana sayang, tidak menegur isteri dan anak-anak perempuan tentang aurat."

"Please be the real abah."

Si bapa terdiam. Anaknya berlalu pergi mengganti solat yang ditinggalkan kerana tertidur petang hari.

Story by: Syabab Musafir Kasih

Sunday, 15 July 2012

Study2 juga yea Solat Jgn Letak Kat Tepi je :)

    Bismillahhirrahmanirrahim , Assalamualaikum semua :) Kaifa haluk ? khair ? Alhamdulillah , Ari nie ana tak berapa nak sehat sikit , sakit2 kepala , selesema, waaahh ~ Alhamdulillah , Allah nk Tarik dosa la tu Dosa Byk sgt brg kali :) hee3~
      Pagi ni ana nk Story dan nak Kabo sikir pasal  The Beauty Of The Exam! :)
Ana dah x lama dah nk exam PMR , GGGrrr takut juga , du'da' rase .
okey Cakap byk pulak budak kecik nie , Kalau x ngepek dulu memang x sah lah !

Eh eh dan eh lagi. Tajuk entri kelihatan sangat mengujakan. Dimanakah part yang akan memotifkan terus dengan tajuk entri ini. Ala, rileks lah. Itu baru intro. Setorilah sikit apa yang berkaitan.

Okey mari bertemu dengan motif tajuk entri. Rasanya baca tajuk entri pun dah boleh dapat kot mesej yang ingin disampaikan. Okeylah kalau macam tu. Ana tak payah explain la ye. Oho ~

    Okey ana explain juga. Hemm, rasanya ramai sedar. Rasanya ramai tahu. Rasanya ramai juga pernah alami. Dan juga rasanya ramai pernah menyaksi. Oh begitu banyak rasa anda. Tapi sebenarnya rasa kita ada enam sahaja. Silalah buka buku Sains Darjah 5. Ke 6. Okey buka dua-dua.

Ada sesetengah orang begitu bertungkus-lumus, berhempas pulas, berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang di tepian demi untuk STUDY. (Memang begitu mesra dan sinonim mengguna pakai STUDY berbanding BELAJAR)

Eh bagus la macam tu. Dah nama pun student, mestilah kena berhempas pulas tergeliat semua. Dengan harapan mendapat keputusan yang best. Result yang boleh dibanggakan. Orang Kedah kata,

"Kecik pala-pala haih, pulun stadi."

Cuba menunjukkan begitu tekun dan gigih study. Sangat respek kepada mereka yang bekerja keras demi itu. Mencari dan mendalami ilmu pinjaman Illahi ini dengan cara melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.

Tapi sayangnya Mak Limah. Okey okey sayang Mak Bedah jugak. Eh Umi ana nak letak mana? Dan of courselah sayang Umi ana  sedalam-dalamnya. Okey sekali lagi. Tapi sayangnya Umi ana, tak ramai orang begitu menekankan perihal ini. Perihal apakah?

STUDY BAGAI NAK RAK ALMARI SEMUA, TETAPI SOLAT ENTAH KE MANA.(hampeh)
                                                                   Hiasan semata-mata

Hemm, anda begitukah? Tidak? Alhamdulillah. ana tahu anda semua baguih-baguih belaka. Yang ni yang kita nak. Tidak hanya mengejar dunia. Tetapi akhirat yang diutama.

Ya, pernah saksikan di kaca mata. Anda pun mungkin juga. Sang pencinta buku begitu gigih menuntut ilmu. Ya sangat gigih sehingga mengabaikan masanya untuk solat yang hanya 5 minit sahaja. Alangkah sayangnya, kegigihan yang tidak digunakan di tempat yang sepatutnya.

Kelakar pun ada. Sang pencinta buku sedang tekun mengejar dunia. Menuntut ilmu dengan harapan membawa kejayaan kelak. Tapi tak sedarkah bahawasanya ilmu yang sang pencinta buku sedang menuntut itu pinjaman Illahi? Ya semua Ilmu datang dari Yang Maha Khaliq.

Ala kamu kalau ada pinjam barang pun, setelah pulangkan pada tuannya pasti ucapkan terima kasih. Inikan pula kepada Sang Pengcipta kita. Lagi bertambah-tambah dan sangat-sangat perlu memanjatkan kesyukuran padaNYA dengan melakukan apa yang disuruh. Mudah sajakan? Tapi mungkin susah bagi sesetengah orang.
        Ana fokuskan di sini perihal solat sudahlah. Keberkatan belajar itu bukankah datang darinya jua? Ya pasti! Maka, tunaikanlah kewajipan itu. Solat sangat penting sehingga disebut sebagai tiang agama. Menuntut ilmu juga penting sehingga diuar-uar, menuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Maka, perlulah seiring antara keduanya.

"Eh Si Polan tu tak solat pun tapi result dia gempak juga. Macam mana tu?"
Oho ~ Ini yang susah ni. Kesalahfahaman. Terus-terusan salah faham. Tapi tak tahulah kalau betul-betul salah faham. Allah SWT memberi kenikmatan bukan sahaja pada mereka yang beriman. Tetapi sebaliknya juga. 

   Ana berkata sebegini rupa wajah Bukanlah kerana hendak mengkhabari satu dunia yang ana ini sangat bagus. Oh No3 sila buang jauh-jauh telahan anda itu. Suka dan berkali-kali ana tegaskan  apa yang ana  utara baratkan ialah lebih kepada perkongsian dan ingat-mengingati sesama insan. Dan terlebih-lebih dahulu nasihat diriku yang kerdil dan khilaf ini dahulu. Mengerti? :) 

Penghabisannya, janganlah abaikan solat. Solatlah sebagai penyelamat kita di akhirat kelak. Study study jugak yea ! Tapi solat pun kena jagalah. Baru la betul. Haa tau pun kan?

Ana nak berkongsi sedikitlah Doa  untuk STUDY. Kat bawah ni :

Ya ALLAH
Keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu
Kurniakanlah aku dengan sinaran kefahaman
Bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah
aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang
Ya ALLAH
Sinarilah hatiku dengan cahayaMU
Seperti ENGKAU menerangi bumi dan langit dengan rahmatMU
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

tu sahaja. Selamat berjuang untuk semua yang sedang menduduki peperiksaan. Eh yang tak exam pun selamat berjuang juga. Kecik hati  tak sebut. Berjuang pergi ke kedai membeli choki-choki di tengah hujan lebat sambil kilat sabung-menyabung adalah sebuah perjuangan juga. (-_-")!
Wallahua'lam , Barakallahulakum ~