Sunday, 15 July 2012

Study2 juga yea Solat Jgn Letak Kat Tepi je :)

    Bismillahhirrahmanirrahim , Assalamualaikum semua :) Kaifa haluk ? khair ? Alhamdulillah , Ari nie ana tak berapa nak sehat sikit , sakit2 kepala , selesema, waaahh ~ Alhamdulillah , Allah nk Tarik dosa la tu Dosa Byk sgt brg kali :) hee3~
      Pagi ni ana nk Story dan nak Kabo sikir pasal  The Beauty Of The Exam! :)
Ana dah x lama dah nk exam PMR , GGGrrr takut juga , du'da' rase .
okey Cakap byk pulak budak kecik nie , Kalau x ngepek dulu memang x sah lah !

Eh eh dan eh lagi. Tajuk entri kelihatan sangat mengujakan. Dimanakah part yang akan memotifkan terus dengan tajuk entri ini. Ala, rileks lah. Itu baru intro. Setorilah sikit apa yang berkaitan.

Okey mari bertemu dengan motif tajuk entri. Rasanya baca tajuk entri pun dah boleh dapat kot mesej yang ingin disampaikan. Okeylah kalau macam tu. Ana tak payah explain la ye. Oho ~

    Okey ana explain juga. Hemm, rasanya ramai sedar. Rasanya ramai tahu. Rasanya ramai juga pernah alami. Dan juga rasanya ramai pernah menyaksi. Oh begitu banyak rasa anda. Tapi sebenarnya rasa kita ada enam sahaja. Silalah buka buku Sains Darjah 5. Ke 6. Okey buka dua-dua.

Ada sesetengah orang begitu bertungkus-lumus, berhempas pulas, berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang di tepian demi untuk STUDY. (Memang begitu mesra dan sinonim mengguna pakai STUDY berbanding BELAJAR)

Eh bagus la macam tu. Dah nama pun student, mestilah kena berhempas pulas tergeliat semua. Dengan harapan mendapat keputusan yang best. Result yang boleh dibanggakan. Orang Kedah kata,

"Kecik pala-pala haih, pulun stadi."

Cuba menunjukkan begitu tekun dan gigih study. Sangat respek kepada mereka yang bekerja keras demi itu. Mencari dan mendalami ilmu pinjaman Illahi ini dengan cara melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.

Tapi sayangnya Mak Limah. Okey okey sayang Mak Bedah jugak. Eh Umi ana nak letak mana? Dan of courselah sayang Umi ana  sedalam-dalamnya. Okey sekali lagi. Tapi sayangnya Umi ana, tak ramai orang begitu menekankan perihal ini. Perihal apakah?

STUDY BAGAI NAK RAK ALMARI SEMUA, TETAPI SOLAT ENTAH KE MANA.(hampeh)
                                                                   Hiasan semata-mata

Hemm, anda begitukah? Tidak? Alhamdulillah. ana tahu anda semua baguih-baguih belaka. Yang ni yang kita nak. Tidak hanya mengejar dunia. Tetapi akhirat yang diutama.

Ya, pernah saksikan di kaca mata. Anda pun mungkin juga. Sang pencinta buku begitu gigih menuntut ilmu. Ya sangat gigih sehingga mengabaikan masanya untuk solat yang hanya 5 minit sahaja. Alangkah sayangnya, kegigihan yang tidak digunakan di tempat yang sepatutnya.

Kelakar pun ada. Sang pencinta buku sedang tekun mengejar dunia. Menuntut ilmu dengan harapan membawa kejayaan kelak. Tapi tak sedarkah bahawasanya ilmu yang sang pencinta buku sedang menuntut itu pinjaman Illahi? Ya semua Ilmu datang dari Yang Maha Khaliq.

Ala kamu kalau ada pinjam barang pun, setelah pulangkan pada tuannya pasti ucapkan terima kasih. Inikan pula kepada Sang Pengcipta kita. Lagi bertambah-tambah dan sangat-sangat perlu memanjatkan kesyukuran padaNYA dengan melakukan apa yang disuruh. Mudah sajakan? Tapi mungkin susah bagi sesetengah orang.
        Ana fokuskan di sini perihal solat sudahlah. Keberkatan belajar itu bukankah datang darinya jua? Ya pasti! Maka, tunaikanlah kewajipan itu. Solat sangat penting sehingga disebut sebagai tiang agama. Menuntut ilmu juga penting sehingga diuar-uar, menuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Maka, perlulah seiring antara keduanya.

"Eh Si Polan tu tak solat pun tapi result dia gempak juga. Macam mana tu?"
Oho ~ Ini yang susah ni. Kesalahfahaman. Terus-terusan salah faham. Tapi tak tahulah kalau betul-betul salah faham. Allah SWT memberi kenikmatan bukan sahaja pada mereka yang beriman. Tetapi sebaliknya juga. 

   Ana berkata sebegini rupa wajah Bukanlah kerana hendak mengkhabari satu dunia yang ana ini sangat bagus. Oh No3 sila buang jauh-jauh telahan anda itu. Suka dan berkali-kali ana tegaskan  apa yang ana  utara baratkan ialah lebih kepada perkongsian dan ingat-mengingati sesama insan. Dan terlebih-lebih dahulu nasihat diriku yang kerdil dan khilaf ini dahulu. Mengerti? :) 

Penghabisannya, janganlah abaikan solat. Solatlah sebagai penyelamat kita di akhirat kelak. Study study jugak yea ! Tapi solat pun kena jagalah. Baru la betul. Haa tau pun kan?

Ana nak berkongsi sedikitlah Doa  untuk STUDY. Kat bawah ni :

Ya ALLAH
Keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu
Kurniakanlah aku dengan sinaran kefahaman
Bukakanlah bagiku pintu ilmu dan hiasilah
aku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang
Ya ALLAH
Sinarilah hatiku dengan cahayaMU
Seperti ENGKAU menerangi bumi dan langit dengan rahmatMU
Ya ALLAH Yang Maha Pengasih Dan Penyayang

tu sahaja. Selamat berjuang untuk semua yang sedang menduduki peperiksaan. Eh yang tak exam pun selamat berjuang juga. Kecik hati  tak sebut. Berjuang pergi ke kedai membeli choki-choki di tengah hujan lebat sambil kilat sabung-menyabung adalah sebuah perjuangan juga. (-_-")!
Wallahua'lam , Barakallahulakum ~

No comments:

Post a Comment