sebelum tu ana nk kongsi Ayat2 Allah tentang tahajjud dulu ,
- Firman Allah SWT.: “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)
- Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Nabi saw. bersabda, “Solat yang paling utama selepas solat fardu adalah solat malam (tahajud).” (HR Muslim)Nabi saw. bersabda, “Allah swt. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya di syurga itu ada bilik yang luar boleh dilihat dari dalam, dan dalamnya boleh dilihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, mereka yang menyebarkan salam, serta mereka yang mendirikan solat tahajud pada saat manusia lain sedang tidur". (HR. At Thabrani dan Al Hakim).Nabi saw. bersabda, “Wahai manusia sebarkanlah salam, bagilah makan dan sembahyang malam ketika manusia tidurnescaya kamu akan masuk syurga dgn selamatnya.” (HR at-Tirmizi)Dari Salman Farisi, Nabi saw. bersabda, “Hendaklah kamu melazimkan (qiamulail) sembahyang malam. Sebab ia adalah amalan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa, mencegah diri dari maksiat dan menyembuhkankan penyakit.” ( Riwayat At-Tabrani )solat tahajud nie sgt2 istimewa hingga dalam Al-Quran dan hadis pon ade sebut mengenai kelebihannya .Nabi Muhammad S.A.W sgt menganjurkan kpd umat Islam unruk menunaikan solat sunat ini sebagai solat tambahan kepada solat fardu , kenapa ? sudah tentu ada misteri di sebaliknya , Banyak Fadhilat di sebalik solat Tahajjud ini .betapa hebatnya solat tahajjud ini hingga para sahabat Rasulullah ydk pernah meninggalkannya sepanjang hayat mereka . begitu hebat dn besarnya kuasa solat sunat tahajjud ini , yg ketika itu lah manusia sedg enak berselimut ^_^ dan melayan mimpi2 indah . mahukah kita menikmati keseronokan sementara yg berakhir apabila mula terbit matahari , @ bgun b'wudu' b'tahajjud , b'sujud dan menadah tgn memohon do'a dari ilahi agar dianugerahkan kenikmatan sebenar dan berkrkallah di dunia dan akhirat .Semoga taklimat ringkas dari ana ini menjadi pencetus agar kita terus kuat dan jitu untuk bangun b'tahajjud dan menikmati apa yg dinikmati oleh para penghuni syurga dan kekasih Allah . Moga segala amalan dan Tahajjud kita diterima Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment