Thursday, 30 August 2012

Syafakillah Ya Sodiqie

Assalamualaikum..

---------------------------------------------------
Hari ni  kat sekolah  penat sesangat,nak ckap cikgu masuk mengajar , bagi banyak kerja sekolah pon tak jugak . macam biasa je pon , satu guru , satu homework !

mula-mula kawan dekat sebelah ana , dah tiga hari dia tak datang sekolah , sebab ade gasterik (aina) , sian dia banyak dah ketinggalan , nasib baik baru lepas Exam so taklah banyak sangat ketinggalan.

Lepas tu , hari ni kawan ana yang duduk sebelah aina ni pulak , yang pengsan (Izah Izani), pasal apa , ana sendiri pon tak tahu ,*memang selalu pon macam tu , nak tarikperhatian orang * kitaorang memang dah masak dengan perangai dia , dia dah hilang kepercayaan daripada kita orang dah sekarang ni .sian dia , yang tadi tu betul ke tidak , tak tahulah Wallahua'lam ..


Lepas izah , turun dekat bilik badan da'wah *Untuk rehat , kat situ ade ubat , boleh dia rehat-rehatkan badan dia , setelah lelah berdrama di kelas*
Selesai rehat , pelajar-pelajar masuk kelas , lpas 'tangki' penuh diisi dengan pelbagai juadah kecuali yang berpuasa , ade yang  baca Quran , Ngumpat*puasa-puasa pon mengumpat jugak ke cik adik manis ?Alahai~*
 All Student get ready to study , *mase sains* mase ana keluarkan kertas Sains yang cikgu bagi , untuk bincangkan jawapan , kawan ana sorang nie datang duk bertenggek (Nasuha ) di tempat aina *aina tak pergi sekolah dia pulak yang duduk kat situ* , dia pon keluarkan kertas jugak , mase tu kelakuan dia dah pelik dah .. ana ni yang lemah semangat , seram sejuk je rase .. eee~ mengerikan ..

Time cikgu bagi jawapan si Nasuha ni pon macam ketar-ketar gitu makin lame makin kuat je getaran dia tu , sampai kan meja ana pon terketar sekali , ana nak menulis pon susah , sebab meja tu ketar .

 Ana tanya dia .Limaza ? , dia tak jawap ! Are You Okey Nasuha ? , senyap tanpa jawapan . Ana biarkan dia tenang ..

And ana tanya pulak , macam ade something Wrong je si nasuha nie , nasuha bakpo ? awok sakit ko ? nak ubat tak ? ubat awak , awak bawak tak ? kita gi bilik badan da'wah deh ? saye oyak ko teacher deh ?
jawapan dia hanya satu *GELENG-GELENG KEPALA JE* stiapkali ana tanya , dia just geleng-gelengkan kepala je , ish ! budak nie ! aq cepuk kang 

lepas tu mase sains dah abis , Nasuha  pon berpaling dekat kawan sebelah dia (Izati Othman) , dia cakap , kat izati  , tolong izinkan sayo tidur atas paha awak *letak kepala atas paha si izati* , Izati pulak baik je hati dia ... dia izinkan . kitaorang dah takutdah masa tu .

Mase dia tidur atas Izati makin kuat pulak dia ketar, kami pon apa lagi bagi tau je lah kat teacher , nasib baik  teacher tak keluar lagi , Lepas tu teacher datang , panggil-panggil name Nasuha , dia tak jawap , *tak sedarkan diri , dah pergi alam lain dah * After that teacher pon panggil Ustazah yang mengajar kat kelas sebelah (ustazah Sa'adah)

Ustazah datang tu , ustazah suruh kita-kita orang angkat si Nasuha turun kat lantai , suruh tidor atas hamparan sajadah..*Nasuha makin ketar* ustazah pergi panggil sorang ustaz kat bilikguru lelaki . (ustaz  Ibrahim)
ustaz datang tu , ustaz baca-bacakan ayat - ayat Syifa' , lepas tu ustaz bagi minum air bacaan , pastu ustaz suruh ana raubkan muka dia dengan ai tu , pastu ustaz renjis-renjiskan air tu ..pastu , pastu , pastu dan pastu ----

After that , Nasuha mcm dah lega dah sikit , dia pon macam dah sedar , tapi still terketar ...
Sebelum ustaz tinggalkan Nasuha kepada kitaorang empat orang , (ana , tyra , auni , najihah and Atiq , * keempat-empat puasa*) haha ..ustaz pesan suruh urut-urutkan tangan and kaki dia , lepas tu bagi dia minum air tadi ...

lepas , tenang tuh.. tiba-tiba dia makin ketar  balik , dia genggam tangan pon kuat , ya Allah punya lah susah nak bukak genggaman tanggan dia tu , hanya Allah je tau , kekuatan Nasuha mase tu ..  dalam 5 minit kita 4 orang dah mula risau , Tyra pon pergi panggilkan ustazan Sa'adah lagi sekali .
 time tu dah mase yang ke 4 lpas rehat *mase Hadis* ustazah sa'adah suruh ustazah hadis kitaorang (ustazah Natrah) call Ambulan .

Alang-alang tunggu ambulan On The Way , ustazah suruh kitaorang empat orang nie angkat Nasuha , bawak turun kat bilik badan da'wah *peerrrgghh ! Masyaallah , punyalah berat !* tengah-tengah angkat baru je keluar kelas , tak turun lagi dah lenguh dah kat pinggan belakang .

nak sampai kat bilik badan da'wah kat bawah tu Tyra , terjatuh , mase mane dia jatuh pon saya tak perasan , sian dia , dia pulak dah la kecik , aduh ! sabarlah kawan...

*Yang Boys pulak tengoookk ! je , ish sibuk je .*

lameee, tunggu ambulan pon datang , pastu tyra ngan najihah ikut masuk dalam van ambulan tu , pergi laa hospital kota bharu..

dalam pukul 2:30 dua org tu balik kat sekolah ngan ustazah Rahimah , saye tanye tyra macam mana ngan Nasuha ? Okey tak ?
Tyra say , dokotor marah dekat ustazah sbab lambat call , Nasuha Hampir-hampir nak meninggal .. Dalam hati ana , ana hanya mampu menyebut Innalillahi wa innailaihirajiun.. hanya itu yang ana mampu ungkapkan . 

and than , kitaorang pegi solat Zohor together ..

Nasuha , i'm sorry , kalau saya terumpatkan awak dalam masa saye tulis di blog nie , maaf jugak sebab saya tinggikan suara saya kat awak , mase awak cuba beberapa kali untuk  kacau-kacau saye buat kerja sejarah di kelas tadi .. Maaf juga sebab saya tak mampu untuk berbuat apa - apa masa awak sakit tadi , Maaf , For everything !  

 PMR dah makin hampir , harap , awak cepat sembuh , tabahkan diri kuatkan semangat , lawan lah kesakita , berjuang lah dalam kesakitan itu , Fighting ! Nasuha Fighting ! CaYyookk ! I know U can , I believe in You ....

Syafakillah Ya Sodiqie , tabah lah dengan dugaan yang menimpa mu .
 Kami selalu ade bersamamu , kami sentiasa mendoakanmu .
kuatkan semangat yea Nasuha ! 
Caiyyookk !



Monday, 27 August 2012

^_^


Keayuan yang tergambar lukisan nur iman ,


Bersulamkan keindahan , santun perkataan ,

bagai putih salju mendinginkan , hangat perasaan ,

Mengusir segala resah di jiwa ..

Ku sampaikan salam ucapan mesra ,

Yang merisik kabar derita ,

Masihkah ada peluang untukku melafazkan cinta ,

Umpama rembulan jatuh ke riba ,

Mendengar khabaran darinya ,

Padaku kau memendam rasa...

Kau ku sayangi teman sejati ,

Dikaulah sesungguhnya insan bernama kekasih ..

Bidadari Dunia Dan Akhirat



   Assalamualaikum , "Salam satu MALAYSIA" (bole ke cam gitu ) arh lantak arh ! ana bukan nak story pasal salam hari nie , tpi  ana nk kongsi pasal Bidadari , kisah ni ana Copy and Paste dari Rakan Facebook ana :) kak Ummusulaim Ab Karim II . Thank's A lot kak sbab sudi kongsi tentang bidadari yang Cun melecun lagi melelelelecunnn  ini dengan ana .   Luv U kak :) memang best laa cita nie , eh cerita ke ? haha Lantaklah Tibai je main rembat je budak nie ketuk kepala kang3 , haha eh jangan !! *nak ngadu kat Abi   =P

Bila bace cerita ni , Ya Allah ana terasa kerdil sesangat , betapa mulianya seorang bidadari syurga itu <3 Nak Jadi Bidadari Syurga jugaaakkkk ! Insyaallah , amin .kalau nak jadi Bidadari Syurga Kena ada Usaha la yea cik adik manis , jangan cakap je . Usahanye tak , hmm memang tak kemanalah , kalau tak de usaha , Peace ! No War !!!


-------
Ciri-ciri bidadari syurga ♥ ♥ dan kalau diamalkan,bakal menjadi bidadari dunia juga..
Sifat-sifat bidadari syurga (Hurun Ain) dalam al-Quranul Karim adalah seperti berikut:
Pertama: Qasrut Torfi.
Ada tiga ayat yang mana tuhan menjelaskan kepada kita bahwa bidadari syurga bersifat begini. Diantaranya:
“Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya.” 48 : as-Saffat
Imam Tobari berkata:
Ayat ini menjelaskan bagaimana sifat yang agung bidadari syurga iaitu hanya memandang kepada pasangan mereka tidak seperti wanita dunia yang memandang ke sana sini.
Imam Fakhurrazi berkata:
Ini menunjukkan bahwa betapa malunya bidadari syurga kerana “at-Torfu” adalah gerakan kelopak mata (eyelid). Bidadari tidak menggerakkan kelopaknya dan tidak mengangkat kepalanya untuk lelaki bukan suaminya.”
Wanita muslimah sepatutnya mencontohi wanita syurga yang mana segala kemesraan, pandangan manja, layanan dan sebagainya hanya untuk suami.
Kedua: “ Atrab” Umur yang sama diantara mereka.
Firman Allah swt:
“Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya.”52 : surah Sod
Atrab adalah plural bagi turb iaitu sebaya atau sama umur. Mereka berumur 33 tahun seperti disebut dalam hadis riwayat imam Ahmad dengan sanad yang baik.
Ketiga: Baik akhlak dan jantik paras rupa.
Firman Allah swt:
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
70: surah ar-rahman
Ulama berkata bidadari memiliki akhlak yang baik dan rupa paras yang cantik.
Keempat:"kawa'ib" Buah dada yang tegang (tense).
Firman Allah swt:
“Dan ahli syurga mendapat gadis-gadis yang memiliki buah dada yang tegang dan sebaya umur mereka.”33 (an-Naba)
Kelima: Anak dara.
Firman Allah swt:
“Dan kami jadikan mereka (bidadari-bidadari) yang perawan.”36 : Surah al-Waqiah
Berkara pengarang tafsir Maalimut Tanzil:
“Setiap kali mereka dijimak oleh suami-suami bidadari, mereka akan dapati bidadari tersebut ada dara .”
Keenam: Bagus layanan dan kasih sayangnya kepada pasangannya.
Firman Allah swt:
“Bidadari-bidadari yang bagus layanan dan kasih sayangnya serta sebaya umur mereka.”
37 : Al-Waqiah
Mujahid, Hasan dan Qatadah (Ulama tafsir) berkata:
Urub adalah wanita-wanita pecinta yang asyik kepada suami-suami mereka dan menyintai mereka sepenuh hati, melayani suami mereka dengan manja, baik serta pertuturan.
Ketujuh: Tubuh mereka bersih
Firman Allah swt:
"...Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya ."25 : al-Baqarah
Imam at-Tabari berkata:
“ Kesucian bidadari adalah kesucian yang mutlak yang mana termasuklah suci dari semua perkara yang tidak disukai yang ada pada wanita dunia seperti haid,nifas, kencing, berak, ludah,kahak, mazi, mani dan perkara yang seumpama dengannya yang dianggap kotor, jijik, najis.”
Nabi saw bersabda:
“ Peluh-peluh ahli syurga adalah haruman kasturi.”
Hadis sahih Bukhari dan Muslim
Kesimpulan:
*Para lelaki hendaklah beramal sebaiknya untuk mendapatkan bidadari syurga dan wanita pula beramal sebaiknya untuk menjadi ketua bidadari kepada pasangannya.


Story by kak Ummulsulaim Ab Karim II@facebook.com diCopy and Paste by Assyabatfiesabilillah.blogspot.com

(= Tabaraqallahu Minna wa minkum =)

Saturday, 25 August 2012

Round2 with abi wa umi

                          Bismillahi rahmani Rahim. aku berlindung dengan mu (Allah) dari gangguan setan bertanduk yang dilaknat Allah S.W.T , selawat keatas nabi junjungan  , Assalamualaikum !!!

 Today pagi-II Abi ajak pi rumah nenek & atok sebelah umi ngan sebelah abi sekali ( Alam Barzah / kuburlah tu) , selain kubur nenek-II atok-II sebelah Umi ngan Abi  , pak sedare sebelah Umi ( arwah ayah Pie )  , sepupu sebelah Umi  ( abe apih ) *meninggal sbab exciden dkat Terengganu konvoi ramai-II ngan geng-II dia la tu. pastu duk hospital , lame jugak x sedar diri KOMA , pas tu meninggal dalam bulan 5   baru-II nie * , pastu kubur-II sedara-II lain yang dah  pergi lah ! kalau nak sebut memang ramai * hehe padahal x kenal * apelah ! hampehh !~ INNALILLAHI WA INNAILAIHIRAJIUN ~

Masa dekat kubur  , kubur nenek sebelah umi tu jumpa dengan mak sedara ngan anak dia ,  sepupu saye lah tu (abe Ja , adik kepada arwah abe apih)   , yang sebelah Umi , diorang tengah sedekahkan bekalan untuk arwah nenek ngan arwah sepupu . (haaa tu jee )

After that Abi bawak ana ngan Umi pergi beraya kat umah sedare-II sebelah Abi , and sebelah Umi . saye pulak nak bersalam ngan Tok sedare  pon teragak-II , nampak sangat tak kenal sedare teruk betul ! mula-II pergi rumah mak sedare Abi (Tok sedare ana ) , pergi  berziarah laa katakan , pastu dapat pisang *pise kelak lego* (Abi yang bagi tau , kalau tak memang tak tahu , Kui3).Pastu pegi umah Tok-II sedare sebelah Umi , kira adik-II ngan Abang-II nenek ana yang sebelah umi laa , eh-II faham tak nie ? kalau tak faham buat-II faham je lah kan ? huk3 , kalau antum tak faham pon ana tak rugi pape pon , Kui3 ..

 Dapat DUIT raye , huk3 ade jugak yang sudi bagi duit raya kat ana yang dah besar macam gajah nie , haha  Pape pon Thank's A lot tok ayah cik , menantu kepada tok ayah cik (tara tau nama ) , isteri tok ayah cik (forget name laa pulak) ape punya cucu sedara lah ! , tok ayah mat .. Thank You huhu . sebenarnye malu nak amik sbab  dah besar ! wakaka , tapi nak jaga hati Tok-II sedare terpaksalah akur kuang3.......


 dekat Kota Bharu budak2 ramai kuar , shopping lah katekan ! duit raye byk kan ? ape lagi ? enjoooiii !!!

Thursday, 23 August 2012

Raya tetap raya , o yeah ! duit raya ?

Bismillah , Assolatu ala Nabi wa salamtu ala Rasul..
Assalamualaikum.... Selamat Hari raya , Eidul Fitri mubarak , Happy Eid .. untuk umi , abi , abg , kakak adik ( eh sjak bila plak ade adik ?) haha , x lupa jugak to  abg-II dan kakak-II  ana  yg x dpat pulang beraya kat KELANTE , selamat hari RAYA , happy EID , eidul FITRI mubarak.... DUIT raye untuk adik mu jgn lupa post eh ? hehe ...

     Tahun ni tahun AWAL dan AKHIR raye kat umah nie , tekadang rase mcm x caye pon ade kena tinggal kat rumah 500 sebulan nie tpi nk ape boleh buatkan ? Redho sajalah , stiap apa yg blaku smua tu mesti dan pasti ade hikmahnya, Ya Allah rindu nk tinggal kt sne balik, x sabar nye nk braya kt sna balik, makin cepat rumah siap.makin cepat boleh pindah ,Yuhhuuuu ! huk3 apelah , lebih-II pulak haha alah ! biasalah kanak-II Ribena kan ? (x nk ngaku remaja , nanti  x leh duit raye, emmm memang x dpt pon )  , Ya Allah P'mdahkanlah pembinaan RuMaH ku , apa yg  pyah kau p'mdahkanlah Ya Allah .

                 Raya taun ni penat jugak , huhu mane x nye , 2 hari nk raye basuh baju raye, malam-II plak tu, haha apelah !!  (basuh ngan tgn je , baju baru kan , baju-II abg,kakak,umi,abi,ana sendiri , perrgg ! byk jugak lah habis basah kuyup ana malam tu )  .   basuh malam mcm x de pagi kan ? basuh malam Pagi-II buat ape ? esokkan harinye x leh basuh ke ? haha  relax-II kanak-II nk membesarlah katakan..

Esoknye pulok ! ade buat  Iftar ramai-ramai ngan family , sambil dgr org umum raye , huhu , Bessstt walaupun penat , tapi ape lah sgt penat tu , huk3 , Iftar Ramai-II , basuh pinggan pon ramai-II lah jugak , tpi syg , pahala basuh pinggan dpat kat den sorang je huk3 . mlm tu ank-II sdare main bunga api , suka sgt dorang main bunga api , hihi saye x main pon hehe malulah dah besar x kan nk main jgk kan , main mercun ? haha , x pandai takut kena tgn ! kalau yg POP-POP tu x pe lah x bahaya , hak3.

    Lpas Iftar ape smua tu , bersih rumah , Sleep ! menunggu ketibaan hari raya Kuang3...
hari raye , pagi-II msk sama-II , sorang Iron baju raye , huhu , ana masak je .. kakak ana yg iron baju-II raye tu sume , haha , raye pertama masak makaroni ngan rendang je . masak x byk pon sikit je sbab memang dah agak x de org nk dtg raye kat umah , huhu Al-maklumlahkan ? rumah tu sdare-II ramai yg x tau , hak3 . so tak de lah penat sgt kan ? x penat tu lah yg Tidor byk tu huk3 . ape punya org laahh..

Taun n x jlan-II kat mne pon . pegi pon juz kat umah nenek , tapak pembinaan umah and umah  mak-II sdare yg buat umah terbuka , tu jep ! pastu tidor haha ! hampeh !..

  x kesah lah ape2 pon raye tetap raye .. un ? un ? un ?..

Raye taun ni penat dgn telatah anak-anak sdare je pon , haha taun ni boleh kira brape org datang umah . huhu

Raye pertama ~> kakak ana (k.da and family) ngan mak sdare sbelah mak (mksu rang and family ) pastu ? haaa tadaaa x de dah , kalau biasa memang x cukup tangan lah ! jgnkan tgn kaki pon x ckup ! ahaks !

raye k2 ~> sdare-II yg duk kat p.putih kat sebelah ayah spupu-II ngan Ank-II spupu ana lah tu.. (k.ma , and husban , k.eton , and k.sya , abg asri and abg-II dy (x tau name laa plak ) k.dayana and husban ( Asyraf muslim kot haha , ) alah stakat artis ape sgt , herrmm dy minum air oren Air tgn ana je kot . tapi dy pakai baju same Kaler mcm ana PINK gitu ! kui3 Kantoi abg ashraf pkai pink hak3 spasang ngan k.dayana laa tu haha .

raye k3 plak ? ~> kawan Abi yg baru nk knl rumah . je kot . huk3

raye k4~> x de tetamu pon !! Hampehhhh

raye k5 ~> hah ! kawan-II kakak ana yg kat skolah , bakal abg ipar skali huk3 , Abg ipar ? haha  x de lah , org tu je yg nak kan kakak ana , kakak ana x nak pon hehe , tpi , hensem jgk abg tu name dy Hafizul , panggil je abe pijo / abe jo huk3 mcm comel je name mcm tuan punya badan , akhlak dy pon comel . cumaa .. dy nak kan kakak saye je , haha , x pandai kawal nafsu laa abg hensem ni hihi , x pe3 Cayokk Abg  Ipar !

kan ? x ramai pon datang umah , malam nie nk pi rumah mak sdare(cik yah) yg dkat Pancor tu plak , ade buat solat hajat .. huhu.. pape pon samat Hari Raye laaa yea , duit raye dari ana x de , tunggu ana keje dulu yea . huk3 samat ary raye maaf zahir dan batin ......

         haha nie raye taun lpas lah Meroonn taun nie coklat . hehe saje je upload gambo ni rindu rumah dulu
                                                           (Dinie ngan najah )


 Iftar Jama'i hehe x nk besar2kan gambar . kecik2 dah la kan ? nanti jeles pulak antum ngan ana hahah .. Thank's tukang masak ,(k.nah) baru balik dah jadi tukang masak . memang dah keje dy hahah.




Smaye hajat umah Nawi tuke hujung padey ! ( puiih ) tipu jep . padahal pi makan2 kat PCB ..nie x rmai laa geng dy , biasa lg ramai . hampeh ! slalu pi PCB x ajak yg pompuan asyik yg laki jep . lpas solat isyak kat masjid terus pi PCB x aci betol lah ! buat org jelez jep ! herrmm. x pe , x pe  huk2


Taqabbalallahu minna wa minkum 

Thursday, 16 August 2012

Kenali D.O.S.A


Assalamualaikum...


        mlm ni dah msuk 28 Ramadhan la kan ? Allah terlalu pantas masa berlalu , Ramadhan dh nk tinggalkan kita ... pahala msih sdikit yg dkumpul ...   Ya Allah dah nak raya la kita yea.. Masyaallah , malu pula nk sambut hari raya , sbab phala di bulan ni msih sedikit .  Ya Allah hamba  Malu , malu , malu ,malu !!


     eh2 terrrrrover lah pulak !  okey teruskan dengan p'bincangan kita mlm  nie.

mlm nie ana nk kongsikan tentang    dosa-II BESAR   & Kecik.. okey ? kira okey lah yea .. huk3
Ta'rif   dosa besar :

Dosa besar is  dosa dan perlakuan  salah yg djelaskan hukuman , laknat  and akibat yg dsbut secara Wadih ! dlm Al-Quran & sunnah Rasulullah S.A.W . Mnurut Az-Zanabi (ada jga yg mnulis Adz-Dzahabi ) dlm bkunya Al-Kabaair' ada dnyatkan sbnyak 70 dosa besar & drpd 70 tu dringkaskan kpd jenisnya sperti berikut ...... 


  1.   4 jenis pd hati ~>Syirik , terus-menerus buat maksiat . putus asa & rasa aman drpd seksa Allah .
  2. 4 jnis pd Lisan ~> Kesaksian palsu , menuduh org baik-baik buat zina ,Sumpah palsu , Amal ilmu Sihir .
  3. 3 jenis di Perut ~> minum arak , mkan harta ank Yatim & mkn Riba ...
  4. 2 jenis d Kemaluan ~> Zina , Homoseksual .
  5. 2 d Tangan ~> membunuh & mencuri .
  6. 1 pd Kaki ~> Lari Dari Medang Perang ..
  7. 1 pd sluruh Badan ~> Derhaka kpd Ibu & Bapa.....
Ta'rif dosa kecik Pulak :

Dosa kecikk is .. dosa-II yg x t'sebut d atas .. ^ . pape pon Dosa kecik yg memjadi besar bila d buat b'trus-trusan .. mngikut Imam Hasan Al-Basri , x ada dosa kecik bila dbuat trus- menrus & x ada dosa besar bila dsertai dgn Istighfar...

Mnurut imam Az- Zanabi  (ada jga yg mnulis Adz-Dzahabi ) dlm bkunya Al-Kabaair' , beliau m'himpunkan jnis dosa-dosa besar sbyk 70 p'kara sperti berikut :


  1.  Syirik
  2. Membunuh manusia 
  3. Sihir
  4. Tinggal Solat (solat wajib)
  5. x kluarkan zakat 
  6. x puasa (puasa wajib)
  7. x buat kerjakan haji wlau mampu
  8. Derhaka pd Ibu & ayah 
  9. mmutuskan silaturrahim ( antara yg halal dgn yg halal ) 
  10. Zina
  11. Homosexsual
  12. Mkn Riba
  13. Mkan Harta ank2 Yatim
  14. Dustakan Allah & Rasul
  15. lari dr medang perang 
  16. sombong
  17. saksi palsu 
  18. minum arak 
  19. pemimpin yg mnipu dan kejam
  20. judi
  21. tuduh org baik-baik buat zina
  22. menipu harta rampasan perang
  23. m'curi
  24. merompak 
  25. sumpah palsu
  26. B'laku zalim 
  27. pemungut cukai yg zalim
  28. mkn dr kekayaan yg haram
  29. bunuh diri
  30. b'bohong 
  31. hakim yg x adil  ( puwuuii )
  32. rasuah
  33. merubah jantina
  34. x cemburu ( pada org yg sering buat amal yg byk )
  35. Cina buta 
  36. x suci dr hadas kecil
  37. Riak ( mempamirkan diri , werkkk x malu )
  38. Ulama dunia ( Jahat)
  39. Khianat
  40. ungkit-II pemberian ( ish x ikhlas )
  41. ingkari takdir
  42. cari salah org lain
  43. tabur fitnah
  44. kutuk Umat ISLAM
  45. ingkari janji
  46. caya kat sihir  ngan nujum .. ( nujum pak belalang eh ? haha )
  47. derhaka kat suami
  48. gambar pd baju ( gambar-II yg melaghokan)
  49. tampar pipi & meratap bila kena bala 
  50. ganggu org lain
  51. zalim t'hdap yg lemah 
  52. mengganggu tetangga
  53. sakiti & maki org ISLAM 
  54. d'haka kpd hamba Allah & menganggap drinya baik 
  55. melabuhkan pkaian ( mcm pengantin perempuan kristian)
  56. lelaki pkai sutera 7 Emas
  57. Hamba lari dr tuan
  58. Sembelihan untuk selain drpd Allah
  59. jadi Pak sanggup 
  60. b'debat & b'msuh 
  61. enggan m'beri lebihan air
  62. mengurangkan timbangan 
  63. merasa aman dr kmurkaan Allah
  64. Putus asa dr Rahmat Allah
  65. Tinggal solat b'jemaah
  66. mengirangi wasiat
  67. menipu
  68. mengintip rahsia Dn m'buka rahsia & aib org lain
  69. mencela nabi Dn para sahabat.

 Tabarakallahu ala minkum !!!! :)

Friday, 10 August 2012

B'sahabat Lillahi taala


bismillah..
 assalamualaikum..
 hari ni rase2 mcm nk conteng-II blog dgn fone je .. huhu testing org kate hak3 ,blagak skali-sekala , dua kali dua kala , tiga kali dpat bala.. aarr tidakk !! Nauzubillah minazalik !

 wokeyh ! today ! tajuk kita is .. seperti yang tertera di atas . aiseh ! antum dah t'kena ngan ana dah ! haha so k so k , ade ubi ade batas yea budak !! ada hari boleh balas ! , ahaks ! kalau nk balas pon ana tak kesah ! huk2

Dear friends ,

  aish ! mcm tgh dlam exam lah pulak ! haha bukan ape khamis lepas ana exam and kena tulis surat untuk kawan ! haha tu je , eh ape ni buang mase org je...

okey , okey dan okey lg ! huk2

                                           Hanya hiasan , untuk menghiasi blog yg x berapa comel nie .. huhu


Ape itu Teman ?

   * bg ana teman tu , hanya peneman kita saje . yg akan menemani kita ketika kita kesunyian , dan ketika kita memerlukan peneman , maka itu lah teman !

    Oh ya ? . Yes ! i'm sure with my reason !

Ape itu Kawan ?

     * er.. kawan ? kawan erk ! ermmm ape yea ? heeee~ acah je , sabar-II , sabar itu indah , so be patient eh ! huk3. Kawan means .. bila kita senang dy akan b'sama dan bila kita sedih dy akan dtg menyapa. Dan kawan juga akan mengajar kita ape yg kita tidak mengerti dan tidak faham dalam proses pembelajaran ! Jadi itu lah gunanya kawan ..

Apa itu Rakan ?
    
     * Rakan means rakan sebaya , bila rakan sebaya fham-II je lah mcm mna kan ? mesti akan mempengaruhi rakannya samaada kearah kebaikan mahupun disebaliknya , rakan juga apabila rakannya menegurnya barulah dy akan berbicara , dan apabila rakannya memulakan dahulu barulah dy akan bercakap! dan pabila rakannya senyap , dy akan b'sama temannya yg lain :"( , dan rakannya dibiarkan terus terpaku disitu .. arghhh ! siap kau !! , rakan juga bila kita kesusahan dy tak akan mengerti perasaan kita tidak seperti kita memahami perasaannya , How Dare You ! 


Apa itu Saing ? ( in kelantanis! means mcm kwn gitu lah !)

       * Saing  nie bila kita seronok dy datang duk depek . nk menumpang keseronokan , tpi bila kita dlm kesusahan , dy akan cabut lari sepuas-puasnya ! argg ! yg ni yg nk marah nie ! mase senang ade je dia , mase susah ! jgn harap ! batang hidung dy pon x nampak ! geram betul ,tapi kalau mase dia tengah gembira kita turut menumpang kegembiraan dy , dan bila dy memerlukan bantuan dan kebuntuan , kita ade bersama-samanya untuk nk selesaikan masalah dy , tpi dy ? sanggup dy buat mcm tu kat kita , hergg ! x kenang budi langsung .. =_='


Sahabat itu apa pula ?
    * sahabat nie bukan saje akan bersama-sama kita waktu senang dan susah dan bukan saje akan membantu kita ketika kita tidak memahami dalam pelajaran  . malah , dia akan selalu mengajak kita kearah kebaikan , dan akan selalu mentarbiyyahkan kita sebagai Sahabatnya  . sahabat juga akan mengajak kita kearah kebaikan dan mencegah kita daripada kemungkaran . Sahabat juga akan mengingatkan kita kepada mati , agar kita tidak alpa dalam permainan Dunia yg penuh dgn tipu daya Syaitan Laknatullah . Pokoknya seorang Sahabat LEBIH BAIK daripada Berjuta teman , kawan , rakan dan saing ..



“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

        Jadi , kita jgnlah hanya menjadi rakan kepada sahabat kita ,menjadi teman kepada sahabat kita , menjadi kawan kpada sahabat kita dan menjadi saing kepada sahabat kita , Tpi.. jadi Sahabat sejati kepadanya , Berukhuwahlah hingga ke Syurga . Bersahabat lah kerana Allah semata-mata bukan kerana kepandaiannya , bukan kerana hartanya , bukan kerana kebaikannya , bukan kerana kecantikkannya, bukan kerana pangkatnya yang ada , bukan kerana Popularitinya dan  bukan juga  kerana terpaksa kerana semua itu akan lenyap dan hanyup dimakan zaman . bersahabatlah Di jalan Allah , bukan kerana dia mempunyai apa yang kita tidak ada, Bersahabatlah kerana Keikhlasan dari hati kita , bukan kerana dalam keadaan terpaksa mahupun dipaksa kerana persahabattaan itu tidak akan berkekalan ...

                 ^Duhai Sahabat pinpinlah daku kejalan yang benar^

 Bersahabatlan dengan ku kerana Allah semata-mata..
  bukan kerana kelebihan yang ada pada ku .

sama-sama kita mengukuhkan ukhwah kita
dengan iman dan taqwa..
bukan dengan kelebihan yang ada pada diri kita ,
yang hanya bersifat sementara..


kita bersahabatlah dgn seikhlas hati 
Yang lahir dari hati yang dikurnia oleh Allah 
bukan dari rupa paras .


Kita bersahabat dan saling igt-mengingati antara satu samalain
bukan hanya igt Tarikh kelahiran sahaja ,
malah mana-mana tarikh 
yang akan membawa kita ke alam 'Baru'
yang dipanggil dengan alam ghaib
 dan alam barzakh 


Sahabat.
Sama-samalah kita memperjuangkan Islam
dengan segala kekuatan yang kita ada ,
dan dengan semangat yang kita bina bersama-sama

Duhai Sahabat
Ikhlaskan hatimu
Bersahabat denganku
bersahabat hingga ke syurga..

mencari Mardhatillah
dengan persahabatan yang kita jalinkan bersama..

Duhai sahabat ,
Tahukah engkau ?
daku bersahabat dengan mu
hanyalah kerana Allah semata-mata

Syukur pada-Nya
kerana telah menemukan kita

Sahabat ,
Daku sayang mu kerana Allah
adakah perasaan mu juga begitu ?


O yeah !!

       Ya Allah temuilah aq dgn Sahabat yang sebenar-benar sahabat bukan hanya teman , kawan , rakan dan saing semata-mata ... amin !


                                      Barakallahulakum..

 Jazakallahu khairan kathiran , stukran sbab sudi luangkan masa                
                                          untuk baca isi hati saya ...

Saturday, 4 August 2012

Hijab & Niqab Wanita ^_^

Bismillahi Tawaqal Alallah , Assalamualaikum !! kaifa haluk ? tarawih mcm mna ? okey ? huhu ^_^ 


bila tgk pada zaman skang nie kan ramai sangat yang pakai baju tetapi telanjang Astaghfirullahal azim  .. dunia sudah akhir zaman , Nauzubillahhi minazzalik ! ya Allah Selamatkanlah hamba-II mu ya Allah ..


 meh kita pakat pakai tudung labuh , lepas tu kita pakat pakai purdah ^_^ arrhh !! So Sweet ~




Bukan susah nak PAKAI TUDUNG LABUH dan ISTIQAMAH, CARANYA :


✿~ BUANG semua TUDUNG-TUDUNG PENDEK yang tidak mengikut syariat..

✿~ BELI TUDUNG LABUH yang menepati piawai syariat..
✿~ Dan TERUS PAKAI tanpa memperdulikan apa orang sekeliling akan kata..

 Namun PALING PENTING, janganlah tudung je labuh..tapi PAKAIAN KETAT serta TIDAK MENUTUP AURAT LAIN..♥♥


 dunia skang nie memang tak mustahil jika apa-II berlaku terhadap wanita-II skang nie , memang sudah menjadi kebiasaannya , nauzubillah .. ya Rabb Jauhi hamba dari sifat begitu ....



Orang yang bertudung labuh atau berpurdah; di dunia hilangkan pujian dan pandangan manusia pada bahagian rambut, leher, bahu dan dadanya. Namun, di akhirat Allah puji dan insyaAllah beroleh Syurga. 

Ditanya kenapa patut dapat Syurga? 



Kerana tolong menjaga mata sekaligus mengawal nafsu lelaki. Lelaki yang terkawal nafsunya itu telah berjaya menjaga dirinya dan tenang menjaga agama, bangsa dan negaranya.


Orang yang tidak bertudung atau bertudung singkat walaupun dia sangat baik, di dunia berjuta pujian dia dapat. Makin terdedah makin dipuji, makin diminati, makin popular. Namun, di akhirat popularitinya merudum malahan terkenal sebagai yang disebut-sebut calon ahli neraka.

Ditanya kenapa patut dapat Neraka?




Kerana aset dan auratnya yang terbuka di dunia, lelaki menjadi gundah gulana. Tergoda, nafsu bermaharajalela. Lalu lelaki-lelaki tersebut yang memimpin dunia serta agama mula membuat onar. Dari sekecil-kecil ngurat menjadi zina kepada rasuah serta pembunuhan. Skandal demi skandal. Hancur dunia kerana wanita. Gara-gara nafsu lelaki yang tidak tenang bergelojak. Akibat mata yang tercemar tidak terjaga.





 ana  bukan penentu anda ke Syurga atau Neraka dan tiada hak berbuat demikian. Tapi antum sendirilah  penentu. Allah dah sedia keduanya untuk kamu sendiri pilih jalannya.

 semua jawapan ada di tangan antum semua , renung-II kan dan fikir-II kan HUk3 !!











# Alhamdulillah skrang ni ana dah pakai tudung labuh ^_^ , terima kasih abi sebab hantar saye ke skolah Arab , untuk mengubah diri dan nasib . Thank's A lot , and my Ummi sbab sudi bsarkan saya hingga skrang . Thank's ..




     Nak sgt2 Pakai Purdah Mcm kakak ! , a'ah kakak . kakak ana pkai purdah sbab suami beliau seorg tablig ( eja cm ni ke ? ah lantak lah )  , so ana pon nak sgt pkai ! ana nk pkai bukan atas dasar meniru gaya kakak ana , tetapi untuk menyelamatkan diri ana dari menjadi santapan kaum Adam , ( ajnabi ) , rupaku hnya untuk   Suamiku # 

     !!!!!!! SELAMAT BERAMAL!!!!!!! lillahi taala..                                                                           


Friday, 3 August 2012

Selamatkan ISLAM


 Assalamualaikum !!

sehat ? study mcm mana ? puasa ok ? Solat pulak ? waaahh ~ budak kecik nie mula-II lgdah tnya byk dah ! haish ! sibuk je ,, huhu sabar-II sabar itu separuh daripada iman ..
     mase duk round-II Jalan-II kat Facebook tadi ana ade terbace satu cerita yg distory oleh Abang syabab kita yg hensem tu ! ( anda mesti tertnya2 kan , sehensem manakan si dy ?) haha , mestilah hensem , hensem luar hensem dalam ( iman ) zahir dan batin... Semua yang Allah cipta tu hencem2 belake , dok cayo ? dok cayo sudah !


    Dy punya cerita tu perrgg~ hebat , boleh buat air mata keremajaan  ana menitististis.. huk3
hebat tak ? hebat tak ? kan3 ! haaa ~ mesti antum t'tnye2 cite ape lah sampai boleh mengeluarkan air mata keremajaan ana nie... haha 
   Almaklum laa ana nie kan jenis yg suka 'Kecek' byk ! huk3...

Suatu pagi, seorang ayah melihat anaknya yang berumur 14 tahun kelihatan sugul termenung di tangga.

Ayah: "Selamat pagi..."

Anak: "Ya, selamat pagi ayah. Sekarang pukul berapa?"

Ayah: "11.30 pagi."

Anak: "Ayah ibu baru bangun, ya?" 

Ayah: "Hari minggu kan. Biasalah. Syok tidur lepas Subuh. Hehe."

Anak: "Ibu dah habis tengok drama Korea malam tadi?"

Ayah: "Ayah rasa dia dah habis tengok malam tadi. Pukul 2.30 pagi dia tdo malam tadi. Ayah balik pukul 2 pagi tadi dari kedai kopi makan colek buah dengan member, ibu duk menonton lagi. Ayah terus tidur tak tunggu dia dah. Bangun-bangun dah sahur."

----
Anak: "Oh..."

Ayah: "Duk menung jauh nampak. Fikir awek kat sekolah ek? Hee"

Anak: "Emm..ayah tau tak Burma tu kat mana?"

Ayah: "Err..er.."

Anak: "Dulu namanya Burma. Sekarang namanya Myanmar. Negara tu terletak sebelah dengan Bangladesh. Dulu kerajaannya dipimpin kerajaan tentera sampai 2011. Sekarang baru kerajaan demokrasi. Dah ada presiden namanya Thein Sein."

Ayah: "Err..kenapa dengan Burma ni?

Anak: "Saya baca dekat internet, kat sana ada 800 ribu penduduk Rohingya yang mana mereka ni tidak diiktiraf kewarganegaraan mereka. Ramainya antara mereka orang Islam macam kita. Masyarakat majmuk juga macam negara kita. Kat wilayah yang ada penduduk Rohingya tu ada puak Buddha yang besar orang panggil Buddha Rakhine."

Ayah: "Ok. Ayah tak faham. So?"

Anak: "Kat sana telah berlaku rusuhan antara agama. Buddha lawan Islam. Islam telah lama didiskriminasi di sana. Tapi kali ini telah sampai ke kemuncaknya. Tahun ni hingga ke bulan Ramadhan ni, berpuluh-puluh ribu umat Islam dibunuh oleh fanatik Buddha. Masjid-masjid dibakar bersama jemaah di dalamnya, yang membantu baiki masjid dipenjara, wanita-wanita dirogol sampai mati, mayat-mayat umat Islam dihumban ke sungai ke laut tanpa boleh dikebumikan, dibiarkan dimakan anjing-anjing dengan mayat2 dibogelkan tidak berpakaian. Moga Allah melaknat kezaliman melampau yang sedang berlaku. Allah..Allah.."

Ayah: "Owh. Jadi kamu risaukan mereka?"

Anak: "Ya. Tapi saya lagi risaukan kita umat Islam seluruhnya."

Ayah: "Eh, nak risau apa. Jauh lagi tu. Kita duk dalam Malaysia ni aman la. Tiap-tiap tahun boleh sambut malam countdown Tahun Baru dengan meriah. Siap bunga api, konsert dan tarian. Rilek.."

Anak: "Itulah yang saya bimbangkan. Jika semua umat Islam sama seperti kehidupan kita; masih seronok menonton drama/filem kesukaan, masih bersembang sakan dengan rakan-rakan sampai lewat malam di kedai kopi, kedai mamak..tidur lewat, bangun lewat... maka di manakah perubahan?"

Ayah: "Alah..sekali-sekala je hari minggu pe.."

Anak: "Ya, saya lihat pada diri saya sendiri je. Balik sekolah, balik tuisyen malam dah penat. Tidur lewat. Bangun dh subuh. Tahajjud terlepas. Kemudian berulang lagi rutin setiap hari begitulah. Ibu ayah kerja pun begitulah. Balik keje dh penat. Esok ulang lagi keje."

Ayah: "Erm..."

Anak : "Sejujurnya kita tidak betul-betul doa untuk umat Islam yang menderita di seluruh dunia. Masa yang terluang, diisi dengan laman sosial, tenet, outing dgn kawan, buat benda yang kita suka dan sebagainya. 

Jadi, bila kurangnya doa, seluruh umat Islam tidak bersatu hati berdoa, tidak sudi berdoa, agak-agak Allah sudi tak memberikan pertolongan dengan usaha kita yang tak seberapa? Sedangkan makin kita taqarrub(dekat diri) pada Allah, Allah makin dekat pada kita mengabulkan doa-doa kita, kan?"

Ayah: "..."

Anak: "Dahlah. Saya pun tak tahu nak buat macam mana. Saya tak boleh pergi berperang, saya tak boleh berdemonstrasi, apa yang saya mampu buat hanya berdoa dan berikan derma pada mereka. Maaf ayah..saya pergi buat keje sekolah dulu."

Ayah terdiam memikirkan kata-kata anaknya.

--
Story by: Syabab Musafir Kasih.




Hah !! amacam ? ade feel x ? , kan3 , haa kan dah ckp x nak caye !! hari tu mase tgh bace buku melodi hati pun cm ni jgk , sedar x sedar air mata keluar ! haha apalah !

hehe okey lah ana nk pi siap2 nk g Stadium muhammad IV sbab nk g dgr dan ceramah from Al-fadhil Ustaz Azhar Idrus , igt nk g awl , nak g solat asar kat stadium , *berjemaah * lebih afdhal ! kan3 ? mybe ceramah tu lpas solat asar ! kalu g lwt nanti x dok Parking ! kena jalang jauh ! penat arrr cm gitu , lps tu mybe ana Iftor kat sane kot sampailah selesai Solat tarawin baru balik ! nk ikut x ? meh laa.. lg ramai lg meriah !


Wednesday, 1 August 2012

Allah maha pemurah :)




Assalamualaikum !!

''Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.! 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.