Friday, 10 August 2012

B'sahabat Lillahi taala


bismillah..
 assalamualaikum..
 hari ni rase2 mcm nk conteng-II blog dgn fone je .. huhu testing org kate hak3 ,blagak skali-sekala , dua kali dua kala , tiga kali dpat bala.. aarr tidakk !! Nauzubillah minazalik !

 wokeyh ! today ! tajuk kita is .. seperti yang tertera di atas . aiseh ! antum dah t'kena ngan ana dah ! haha so k so k , ade ubi ade batas yea budak !! ada hari boleh balas ! , ahaks ! kalau nk balas pon ana tak kesah ! huk2

Dear friends ,

  aish ! mcm tgh dlam exam lah pulak ! haha bukan ape khamis lepas ana exam and kena tulis surat untuk kawan ! haha tu je , eh ape ni buang mase org je...

okey , okey dan okey lg ! huk2

                                           Hanya hiasan , untuk menghiasi blog yg x berapa comel nie .. huhu


Ape itu Teman ?

   * bg ana teman tu , hanya peneman kita saje . yg akan menemani kita ketika kita kesunyian , dan ketika kita memerlukan peneman , maka itu lah teman !

    Oh ya ? . Yes ! i'm sure with my reason !

Ape itu Kawan ?

     * er.. kawan ? kawan erk ! ermmm ape yea ? heeee~ acah je , sabar-II , sabar itu indah , so be patient eh ! huk3. Kawan means .. bila kita senang dy akan b'sama dan bila kita sedih dy akan dtg menyapa. Dan kawan juga akan mengajar kita ape yg kita tidak mengerti dan tidak faham dalam proses pembelajaran ! Jadi itu lah gunanya kawan ..

Apa itu Rakan ?
    
     * Rakan means rakan sebaya , bila rakan sebaya fham-II je lah mcm mna kan ? mesti akan mempengaruhi rakannya samaada kearah kebaikan mahupun disebaliknya , rakan juga apabila rakannya menegurnya barulah dy akan berbicara , dan apabila rakannya memulakan dahulu barulah dy akan bercakap! dan pabila rakannya senyap , dy akan b'sama temannya yg lain :"( , dan rakannya dibiarkan terus terpaku disitu .. arghhh ! siap kau !! , rakan juga bila kita kesusahan dy tak akan mengerti perasaan kita tidak seperti kita memahami perasaannya , How Dare You ! 


Apa itu Saing ? ( in kelantanis! means mcm kwn gitu lah !)

       * Saing  nie bila kita seronok dy datang duk depek . nk menumpang keseronokan , tpi bila kita dlm kesusahan , dy akan cabut lari sepuas-puasnya ! argg ! yg ni yg nk marah nie ! mase senang ade je dia , mase susah ! jgn harap ! batang hidung dy pon x nampak ! geram betul ,tapi kalau mase dia tengah gembira kita turut menumpang kegembiraan dy , dan bila dy memerlukan bantuan dan kebuntuan , kita ade bersama-samanya untuk nk selesaikan masalah dy , tpi dy ? sanggup dy buat mcm tu kat kita , hergg ! x kenang budi langsung .. =_='


Sahabat itu apa pula ?
    * sahabat nie bukan saje akan bersama-sama kita waktu senang dan susah dan bukan saje akan membantu kita ketika kita tidak memahami dalam pelajaran  . malah , dia akan selalu mengajak kita kearah kebaikan , dan akan selalu mentarbiyyahkan kita sebagai Sahabatnya  . sahabat juga akan mengajak kita kearah kebaikan dan mencegah kita daripada kemungkaran . Sahabat juga akan mengingatkan kita kepada mati , agar kita tidak alpa dalam permainan Dunia yg penuh dgn tipu daya Syaitan Laknatullah . Pokoknya seorang Sahabat LEBIH BAIK daripada Berjuta teman , kawan , rakan dan saing ..



“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

        Jadi , kita jgnlah hanya menjadi rakan kepada sahabat kita ,menjadi teman kepada sahabat kita , menjadi kawan kpada sahabat kita dan menjadi saing kepada sahabat kita , Tpi.. jadi Sahabat sejati kepadanya , Berukhuwahlah hingga ke Syurga . Bersahabat lah kerana Allah semata-mata bukan kerana kepandaiannya , bukan kerana hartanya , bukan kerana kebaikannya , bukan kerana kecantikkannya, bukan kerana pangkatnya yang ada , bukan kerana Popularitinya dan  bukan juga  kerana terpaksa kerana semua itu akan lenyap dan hanyup dimakan zaman . bersahabatlah Di jalan Allah , bukan kerana dia mempunyai apa yang kita tidak ada, Bersahabatlah kerana Keikhlasan dari hati kita , bukan kerana dalam keadaan terpaksa mahupun dipaksa kerana persahabattaan itu tidak akan berkekalan ...

                 ^Duhai Sahabat pinpinlah daku kejalan yang benar^

 Bersahabatlan dengan ku kerana Allah semata-mata..
  bukan kerana kelebihan yang ada pada ku .

sama-sama kita mengukuhkan ukhwah kita
dengan iman dan taqwa..
bukan dengan kelebihan yang ada pada diri kita ,
yang hanya bersifat sementara..


kita bersahabatlah dgn seikhlas hati 
Yang lahir dari hati yang dikurnia oleh Allah 
bukan dari rupa paras .


Kita bersahabat dan saling igt-mengingati antara satu samalain
bukan hanya igt Tarikh kelahiran sahaja ,
malah mana-mana tarikh 
yang akan membawa kita ke alam 'Baru'
yang dipanggil dengan alam ghaib
 dan alam barzakh 


Sahabat.
Sama-samalah kita memperjuangkan Islam
dengan segala kekuatan yang kita ada ,
dan dengan semangat yang kita bina bersama-sama

Duhai Sahabat
Ikhlaskan hatimu
Bersahabat denganku
bersahabat hingga ke syurga..

mencari Mardhatillah
dengan persahabatan yang kita jalinkan bersama..

Duhai sahabat ,
Tahukah engkau ?
daku bersahabat dengan mu
hanyalah kerana Allah semata-mata

Syukur pada-Nya
kerana telah menemukan kita

Sahabat ,
Daku sayang mu kerana Allah
adakah perasaan mu juga begitu ?


O yeah !!

       Ya Allah temuilah aq dgn Sahabat yang sebenar-benar sahabat bukan hanya teman , kawan , rakan dan saing semata-mata ... amin !


                                      Barakallahulakum..

 Jazakallahu khairan kathiran , stukran sbab sudi luangkan masa                
                                          untuk baca isi hati saya ...

No comments:

Post a Comment