Assalamualaikum..
---------------------------------------------------
Hari ni kat sekolah penat sesangat,nak ckap cikgu masuk mengajar , bagi banyak kerja sekolah pon tak jugak . macam biasa je pon , satu guru , satu homework !
mula-mula kawan dekat sebelah ana , dah tiga hari dia tak datang sekolah , sebab ade gasterik (aina) , sian dia banyak dah ketinggalan , nasib baik baru lepas Exam so taklah banyak sangat ketinggalan.
Lepas tu , hari ni kawan ana yang duduk sebelah aina ni pulak , yang pengsan (Izah Izani), pasal apa , ana sendiri pon tak tahu ,*memang selalu pon macam tu , nak tarikperhatian orang * kitaorang memang dah masak dengan perangai dia , dia dah hilang kepercayaan daripada kita orang dah sekarang ni .sian dia , yang tadi tu betul ke tidak , tak tahulah Wallahua'lam ..
Lepas izah , turun dekat bilik badan da'wah *Untuk rehat , kat situ ade ubat , boleh dia rehat-rehatkan badan dia , setelah lelah berdrama di kelas*
Selesai rehat , pelajar-pelajar masuk kelas , lpas 'tangki' penuh diisi dengan pelbagai juadah kecuali yang berpuasa , ade yang baca Quran , Ngumpat*puasa-puasa pon mengumpat jugak ke cik adik manis ?Alahai~*
All Student get ready to study , *mase sains* mase ana keluarkan kertas Sains yang cikgu bagi , untuk bincangkan jawapan , kawan ana sorang nie datang duk bertenggek (Nasuha ) di tempat aina *aina tak pergi sekolah dia pulak yang duduk kat situ* , dia pon keluarkan kertas jugak , mase tu kelakuan dia dah pelik dah .. ana ni yang lemah semangat , seram sejuk je rase .. eee~ mengerikan ..
Time cikgu bagi jawapan si Nasuha ni pon macam ketar-ketar gitu makin lame makin kuat je getaran dia tu , sampai kan meja ana pon terketar sekali , ana nak menulis pon susah , sebab meja tu ketar .
Ana tanya dia .Limaza ? , dia tak jawap ! Are You Okey Nasuha ? , senyap tanpa jawapan . Ana biarkan dia tenang ..
And ana tanya pulak , macam ade something Wrong je si nasuha nie , nasuha bakpo ? awok sakit ko ? nak ubat tak ? ubat awak , awak bawak tak ? kita gi bilik badan da'wah deh ? saye oyak ko teacher deh ?
jawapan dia hanya satu *GELENG-GELENG KEPALA JE* stiapkali ana tanya , dia just geleng-gelengkan kepala je , ish ! budak nie ! aq cepuk kang
lepas tu mase sains dah abis , Nasuha pon berpaling dekat kawan sebelah dia (Izati Othman) , dia cakap , kat izati , tolong izinkan sayo tidur atas paha awak *letak kepala atas paha si izati* , Izati pulak baik je hati dia ... dia izinkan . kitaorang dah takutdah masa tu .
Mase dia tidur atas Izati makin kuat pulak dia ketar, kami pon apa lagi bagi tau je lah kat teacher , nasib baik teacher tak keluar lagi , Lepas tu teacher datang , panggil-panggil name Nasuha , dia tak jawap , *tak sedarkan diri , dah pergi alam lain dah * After that teacher pon panggil Ustazah yang mengajar kat kelas sebelah (ustazah Sa'adah)
Ustazah datang tu , ustazah suruh kita-kita orang angkat si Nasuha turun kat lantai , suruh tidor atas hamparan sajadah..*Nasuha makin ketar* ustazah pergi panggil sorang ustaz kat bilikguru lelaki . (ustaz Ibrahim)
ustaz datang tu , ustaz baca-bacakan ayat - ayat Syifa' , lepas tu ustaz bagi minum air bacaan , pastu ustaz suruh ana raubkan muka dia dengan ai tu , pastu ustaz renjis-renjiskan air tu ..pastu , pastu , pastu dan pastu ----
After that , Nasuha mcm dah lega dah sikit , dia pon macam dah sedar , tapi still terketar ...
Sebelum ustaz tinggalkan Nasuha kepada kitaorang empat orang , (ana , tyra , auni , najihah and Atiq , * keempat-empat puasa*) haha ..ustaz pesan suruh urut-urutkan tangan and kaki dia , lepas tu bagi dia minum air tadi ...
lepas , tenang tuh.. tiba-tiba dia makin ketar balik , dia genggam tangan pon kuat , ya Allah punya lah susah nak bukak genggaman tanggan dia tu , hanya Allah je tau , kekuatan Nasuha mase tu .. dalam 5 minit kita 4 orang dah mula risau , Tyra pon pergi panggilkan ustazan Sa'adah lagi sekali .
time tu dah mase yang ke 4 lpas rehat *mase Hadis* ustazah sa'adah suruh ustazah hadis kitaorang (ustazah Natrah) call Ambulan .
Alang-alang tunggu ambulan On The Way , ustazah suruh kitaorang empat orang nie angkat Nasuha , bawak turun kat bilik badan da'wah *peerrrgghh ! Masyaallah , punyalah berat !* tengah-tengah angkat baru je keluar kelas , tak turun lagi dah lenguh dah kat pinggan belakang .
nak sampai kat bilik badan da'wah kat bawah tu Tyra , terjatuh , mase mane dia jatuh pon saya tak perasan , sian dia , dia pulak dah la kecik , aduh ! sabarlah kawan...
*Yang Boys pulak tengoookk ! je , ish sibuk je .*
lameee, tunggu ambulan pon datang , pastu tyra ngan najihah ikut masuk dalam van ambulan tu , pergi laa hospital kota bharu..
dalam pukul 2:30 dua org tu balik kat sekolah ngan ustazah Rahimah , saye tanye tyra macam mana ngan Nasuha ? Okey tak ?
Tyra say , dokotor marah dekat ustazah sbab lambat call , Nasuha Hampir-hampir nak meninggal .. Dalam hati ana , ana hanya mampu menyebut Innalillahi wa innailaihirajiun.. hanya itu yang ana mampu ungkapkan .
and than , kitaorang pegi solat Zohor together ..
Nasuha , i'm sorry , kalau saya terumpatkan awak dalam masa saye tulis di blog nie , maaf jugak sebab saya tinggikan suara saya kat awak , mase awak cuba beberapa kali untuk kacau-kacau saye buat kerja sejarah di kelas tadi .. Maaf juga sebab saya tak mampu untuk berbuat apa - apa masa awak sakit tadi , Maaf , For everything !
PMR dah makin hampir , harap , awak cepat sembuh , tabahkan diri kuatkan semangat , lawan lah kesakita , berjuang lah dalam kesakitan itu , Fighting ! Nasuha Fighting ! CaYyookk ! I know U can , I believe in You ....
Syafakillah Ya Sodiqie , tabah lah dengan dugaan yang menimpa mu .
Syafakillah Ya Sodiqie , tabah lah dengan dugaan yang menimpa mu .
Kami selalu ade bersamamu , kami sentiasa mendoakanmu .
kuatkan semangat yea Nasuha !
Caiyyookk !
No comments:
Post a Comment