Friday, 7 September 2012

LoVe aFteR maRieD

 Assalamualaikum , cinta itu indah , seperti taman bunga , jika cinta itu kerana Allah , tetapi cinta itu buta , butanya mata hati anndai inta itu buat yg bukan halal bg mu .. adeh ! jiwang lah pulak petang-petang nie haha .. Cinta  selepas kawin indah kan ? cinta pada yang halal.. bertuah sape-sape yang dapat bina cinta selepas   
      kawin , dan  sangat-sangat  RUGI  bagi sape-sape yang cinta sebelum kawin , sebab ?  sebelum kawin itu haram , lepas kawin tu diwajibkan <3 , ahh so sweet wakaka..

Oh , ya bila cakap pasal cinta ni ingat pulak dengan tip-tips yang alfadhil Usaz Azhar Idrus tu.. huhu ..

Tips-tips ni khusus untuk orang yang baru nak membina  berumah tangga dan remaja-remaja macam ana , 

TIP PERKAHWINAN




(Ada rujuk ini kata Us Azhar Idrus)






KETIKA MENCARI CALON : 




Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi 

anak-anak kita.


KETIKA MELAMAR 


:
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah (melalui orang

tua/wali si gadis).




KETIKA AKAD NIKAH :



Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.



KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : 



Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk

mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-

nyiakan doa' mereka.




KETIKA MALAM PERTAMA 


:

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.




SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA



 :

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang

penuh onak dan duri.




KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG 


:
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.



KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK



 :

Cintailah isteri atau suami anda 100%.



KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : 



Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.



KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM


 :
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.



KETIKA EKONOMI BERKEMBANG


 :
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.



KETIKA ANDA ADALAH SUAMI


 :
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.



KETIKA ANDA ADALAH ISTERI 



:

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. 








Okey la korang !! Cau Dulu ..



Barakallahulakum :) 





--------------------------------------------

No comments:

Post a Comment